Artikel

Cara Kira Fidyah

Cara Kira Fidyah

Fidyah adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang berasal dari kata akar fada (فدى).

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah dan diberi kepada fakir miskin.

Adakah wajib membayar fidyah?

أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ  فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ  وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ  فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ  وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ  إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah, 184)

Ayat di atas jelas menerangkan fidyah wajib diselesaikan kerana ia dianggap denda atas perkara wajib yang telah difardukan.

Bayar Fidyah Anda Sekarang Klik Di sini

Kadar Fidyah Setiap Negeri: (2025)

No Negeri Kadar Fidyah Rukan emel 
1.Perlis RM5.00 https://www.maips.gov.my
2.Kedah RM2.00https://fidyahkedah.gov.my/
3.Perak*Tiadahttps://fidyah.maim.gov.my/ 
4.Pulau Pinang RM1.75 https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/ 
5.KelantanRM1.75https://efidyah.e-maik.my
6.Terengganu RM2.50https://app3.maidam.gov.my/fidyah 
7.Wilayah Persekutuan RM5.00 https://www.zakat2u.com.my/
8.Selangor:RM2.00 https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/ 
9.Negeri Sembilan RM1.75https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php 
10.PahangRM1.75https://zakatpahang.my/fidyah/
11.Johor *Tiadahttps://www.maij.gov.my/?page_id=483
12.Sabah RM1.90https://baitulmal.sabah.gov.my/ 
13.Sarawak RM1.90https://www.tbs.org.my/

* Tidak dinyatakan di dalam laman sesawang mengikut negeri terbabit

Cara Kira Fidyah 

Bayaran fidyah adalah mengikut harga beras semasa iaitu secupak untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. Ada negeri yang memberi pilihan harga beras mengikut jenis beras yang dimakan oleh pembayar fidyah seperti di Selangor. 

Harga juga boleh berubah mengikut keputusan pemerintah dan badan yang menyelia bayaran fidyah mengikut negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh layari fidyahonline.com sebagai alternatif membuat kiraan bayaran fidyah anda.

Gandaan Fidyah

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan

Harus menggunakan 2 kaedah:
I. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.
Ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah

Rujukan: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah/

Pandangan ini mengambil kira pelbagai pandangan mazhab-mazhab lain termasuk Syafie, Hanafi dan Hambali. Ia selaras dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya.

Walaupun begitu, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan atau gandaan fidyah dan kiraan ini lebih digalakkan.

Bagaimana Kiraannya?


Contoh seperti berikut:

Bilangan hari tidak berpuasa ✖ Kadar Fidyah (1 hari puasa yang ditinggalkan)  ✖ Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar


Sebagai contohnya: anda tertinggal 5 hari puasa semasa 2021/ 1443H, oleh itu pengiraan bilangan tahun bermula selepas Ramadan 2022 / 1443H hingga Ramadan 2024 / 1444H iaitu 2 tahun. 

Digalakkan untuk membayar fidyah sebelum Ramadan 2025 / 1446H bermula bagi mengelakkan gandaan bayaran fidyah seterusnya. 

Nak mudah, boleh terus layari fidyahonline.com dan masukkan tahun anda tertinggal puasa. InsyaAllah kiraan yang tepat dapat diketahui dan anda boleh terus melangsaikan fidyah.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa bayar fidyah!

You may interested in other post:

Pada 17-18 Mei 2025, telah berlangsungnya Family Day STI 2025 anjuran Wira Ikhlas, barisan sukarelawan aktif Yayasan Ikhlas, telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan nilai kebersamaan. Selama 2 hari… [more]

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin… [more]

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program… [more]

Maksud Hari Tasyrik Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam… [more]

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut: 1. Mandi… [more]

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna