Terbaru

Pengalaman Sukarelawan Yang Menginspirasi: Family Day STI 2025 oleh Yayasan Ikhlas

Pengalaman Sukarelawan Yang Menginspirasi: Family Day STI 2025 oleh Yayasan Ikhlas

Pada 17-18 Mei 2025, telah berlangsungnya Family Day STI 2025 anjuran Wira Ikhlas, barisan sukarelawan aktif Yayasan Ikhlas, telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan nilai kebersamaan.

Selama 2 hari 1 malam, seramai 43 peserta dan 8 fasilitator berkumpul dalam suasana santai namun sarat dengan pengisian jiwa. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk:

  • Ice Breaking & Team Explorace
  • Water Tubing & Aktiviti Reflektif
  • Tazkirah Malam
  • Perkongsian Visi & Misi Yayasan Ikhlas

Program ini bertemakan:
“Dari Sukarelawan ke Sukarelawan”
yang menekankan aspek kepimpinan, ukhuwah dan pemindahan nilai pengalaman sesama sukarelawan.

Kenapa Program Ini Penting?

Program seperti ini menjadi wadah untuk:

  • Mengasah kepimpinan belia
  • Mengeratkan hubungan antara sukarelawan
  • Memupuk semangat memberi dan berbakti
  • Menumbuhkan kekuatan spiritual dalam gerak kerja kemanusiaan

Dari Aktiviti ke Inspirasi

Setiap aktiviti dirancang bukan sekadar untuk hiburan, tetapi untuk membina jati diri sukarelawan yang bersedia memberi dengan ikhlas. Ini selari dengan aspirasi Yayasan Ikhlas dalam melahirkan barisan sukarelawan masa depan yang aktif dan berjiwa besar.


Sertai Perjalanan Sukarelawan Anda Hari Ini!

Jika anda mencari pengalaman program kesukarelawanan yang memberi makna, penuh nilai ukhuwah dan spiritual, sertailah barisan kami dalam program akan datang.

📣 Ikuti perkembangan program dan peluang sukarelawan Yayasan Ikhlas di yayasanikhlas.org.my

You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]