YAYASAN IKHLAS
Sokongan anda membawa perubahan
Bantuan dan sumbangan anda diperlukan. Besar atau kecil, sumbangan anda pasti membuat perubahan.
Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.
Mencerminkan komitmen organisasi dalam menggembleng sumber dan tenaga sukarelawan untuk memperkasa komuniti melalui bantuan, pendidikan, dan pembangunan yang menyeluruh kepada golongan memerlukan.
Angka ini mencerminkan dedikasi kami dalam mendekati dan memperkasa komuniti rentan dengan menyediakan sumber asas, sokongan pendidikan, serta peluang pembangunan yang memacu perubahan jangka panjang.
- SUKARELAWAN YAYASAN IKHLAS
Sertai kami untuk cipta dunia lebih baik. Jadi Wira Hari Ini!






































Terima kasih di atas sokongan anda
Dengan lebih daripada 89 kempen yang sedang berjalan, kami terus komited untuk menyokong dan membantu golongan yang memerlukan. Mari kita kekalkan momentum ini demi mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua.
Pemerkasaan Komuniti
Kasih Ramadan
Kasih Ramadan bantu keluarga asnaf dengan makanan dan keperluan raya untuk sambutan yang lebih bermakna.
Kebolehcapaian Kesihatan
Bantu Pesakit Sihat
Projek ini bertujuan membantu pesakit kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan peralatan.
Pengukuhan Pendidikan
Sekolah Agama Rakyat
Pendidikan mengubah hidup anak luar bandar. Projek ini bawa pendidikan agama ke kawasan pedalaman.
Kemanusiaan & Keselamatan
Misi Bantuan Bencana Banjir
Bantuan bencana Yayasan Ikhlas merangkumi situasi sebelum, semasa, dan selepas bencana.
Pemerkasaan Komuniti
Air Bersih
Projek ini salurkan air bersih ke kawasan luar bandar dengan sistem tapisan dan tangki, demi kesihatan dan kesejahteraan.
Pemerkasaan Komuniti
Projek Bekalan Elektrik (Tenaga Solar)
Projek ini bekalkan elektrik ke kampung pedalaman yang tiada sambungan grid nasional.
Pemerkasaan Komuniti
Anjung Kaunseling Keluarga (AKK)
Yayasan Ikhlas bersama Persatuan Kaunseling Keluarga Kajang sedia khidmat kaunseling mampu milik untuk orang ramai.
Kemanusiaan & Keselamatan
Civil Defence Auxiliary Yayasan Ikhlas (CDA YI)
Yayasan Ikhlas bersama APM kini berdaftar sebagai pasukan CDA-ERT (CDA-08) dan CDA-PSS (CDA-07).
Pemerkasaan Komuniti
Tabung Masjid
Projek ini bantu bina dan baiki masjid serta surau di pedalaman untuk kemudahan ibadah dan sokong aktiviti komuniti.
Pengukuhan Pendidikan
Anjung Ikhlas
Projek Anjung Ikhlas sedia pendidikan asas dan pengajian al-Quran untuk anak B40, pelarian dan saudara baru.
SEMUA KLUSTER
- Inisiatif Bakul Kasih Ramadan, ibadah korban, dan projek infrastruktur seperti pembinaan surau serta sistem bekalan air bersih jelas memberi nilai tambah kepada kehidupan komuniti, di samping memupuk interaksi sosial dan semangat keprihatinan sesama mereka.
- Kos rawatan perubatan dan peralatan yang tinggi dapat diringankan melalui sumbangan orang ramai menerusi inisiatif Bantu Pesakit Sihat (BPS). Selain itu, kempen kesihatan seperti Sunathon, saringan kesihatan, dan misi perubatan ke kawasan pedalaman dapat memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam sedia ada.
- Civil Defence Auxiliary - Emergency Response Team (CDA-ERT) of Yayasan Ikhlas adalah pasukan terlatih yang bersedia membantu mangsa bencana melalui usaha penyelamatan, sokongan emosi, dan bantuan asas. Mereka bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kawasan bencana.
- Program 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dan Fardu Ain diperkukuh bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dan kehilangan keyakinan diri. Usaha ini diperkasakan lagi dengan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang serta pembangunan kepimpinan, dengan keyakinan bahawa "pendidikan menjamin masa depan yang lebih baik."
penaja dan rakan kerjasama
Disokong oleh selebriti & pempengaruh
YAYASAN IKHLAS
Ambil langkah seterusnya, bersama-sama kita membantu mereka yang memerlukan.
Aktiviti & Berita
- Terbaru
Video
Terokai dunia kemanusiaan dengan aktiviti dan penglibatan yang direka untuk memperkaya sokongan dan pengalaman anda. Nantikan perkongsian yang memberi manfaat, kempen, dan pelbagai acara yang disusun untuk memberi kemas kini sepanjang bulan.