Projek oleh Yayasan Ikhlas

Terima kasih di atas sokongan anda

Dengan lebih daripada 89 kempen yang sedang berjalan, kami terus komited untuk menyokong dan membantu golongan yang memerlukan. Mari kita kekalkan momentum ini demi mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua.

Kemanusiaan & Keselamatan

Civil Defence Auxiliary Yayasan Ikhlas (CDA YI)

Pengukuhan Pendidikan

Sekolah Agama Rakyat

Education is the key to transforming the lives of the underprivileged and rural communities, ultimately improving their quality of life. This project aims to provide formal religious education to children in remote areas who previously lacked adequate access to such education.

Kemanusiaan & Keselamatan

Misi Bantuan Bencana Banjir

Bantuan bencana Yayasan Ikhlas merangkumi situasi sebelum, semasa, dan selepas bencana.

Pemerkasaan Komuniti

Air Bersih

Membawa air selamat ke komuniti pedalaman, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan mereka. Dengan kerjasama pelbagai agensi, projek ini menyediakan sistem air bersih melalui penapisan, paip dan tangki, membantu mengatasi kekurangan air dan mengurangkan risiko penyakit.

Pemerkasaan Komuniti

Projek Bekalan Elektrik (Tenaga Solar)

Menyediakan kemudahan bekalan elektrik di kampung kampung tradisional di luar bandar yang tidak dapat dihubungkan secara terus kepada rangkaian talian grid kebangsaan.

Kemanusiaan & Keselamatan

Misi Asnaf Jalanan

Membantu individu yang terpinggir di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti berkala untuk dewasa dan kanak-kanak, termasuk program motivasi dan sesi kaunseling.

Pemerkasaan Komuniti

Anjung Kaunseling Keluarga (AKK)

Inisiatif Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Keluarga Kajang membuka ruang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan kaunseling pada kadar mampu-bayar.

Pemerkasaan Komuniti

Tabung Masjid

Membina, membaik pulih dan memberi bantuan kepada masjid dan surau di kawasan pedalaman dan di mana penduduk kurang berkemampuan. Projek ini bertujuan menyediakan kemudahan ibadah yang lebih baik, meningkatkan penglibatan komuniti, dan menyokong aktiviti keagamaan serta sosial di kawasan tersebut.

Kebolehcapaian Kesihatan

Bantu Pesakit Sihat

Projek ini bertujuan membantu pesakit daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan dengan kos tinggi yang mencecah ribuan ringgit.