Terbaru

Yayasan Ikhlas Seru Belia Kuasai Kemahiran Psikologikal First Aid (PFA) di National Training Week Johor

Yayasan Ikhlas Seru Belia Kuasai Kemahiran Psikologikal First Aid (PFA) di National Training Week Johor

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program bertajuk Sesi Memperkasa Kemahiran Psikologikal First Aid (PFA) Dalam Kalangan Belia yang berlangsung di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru.

Program yang berkonsepkan ‘podcast interaktif’ ini menampilkan dua panel utama iaitu Sdr Mohd Khairul, Pengurus Yayasan Ikhlas Johor Bahru, dan Pn Raihanawati, Kaunselor Sepenuh Masa dari IMARET.

Seramai 30 orang belia telah menyertai sesi ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran asas dalam Psikologikal First Aid, satu kemahiran penting dalam memberi sokongan emosi kepada individu yang terkesan akibat bencana atau krisis.

Menariknya, sesi ini turut disertakan dengan latihan praktikal PFA menggunakan Modul Kit Emosi, satu modul khas yang dibangunkan oleh Yayasan Ikhlas untuk mendekati dan membantu mangsa bencana terutamanya kanak-kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Program ini bukan sahaja memberikan pendedahan teori, tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri teknik intervensi awal secara praktikal, menjadikan ia satu pendekatan holistik dalam usaha memperkasa belia sebagai ejen sokongan komuniti.

Yayasan Ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]