Article

Cara Kira Fidyah

Cara Kira Fidyah

Fidyah adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang berasal dari kata akar fada (فدى).

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah dan diberi kepada fakir miskin.

Adakah wajib membayar fidyah?

أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ  فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ  وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ  فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ  وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ  إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah, 184)

Ayat di atas jelas menerangkan fidyah wajib diselesaikan kerana ia dianggap denda atas perkara wajib yang telah difardukan.

Bayar Fidyah Anda Sekarang Klik Di sini

Kadar Fidyah Setiap Negeri: (2025)

No  Negeri  Kadar Fidyah  Rukan emel 
1. Perlis  RM5.00  https://www.maips.gov.my
2. Kedah  RM2.00 https://fidyahkedah.gov.my/
3. Perak *Tiada https://fidyah.maim.gov.my/ 
4. Pulau Pinang RM1.75  https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/ 
5. Kelantan RM1.75 https://efidyah.e-maik.my
6. Terengganu  RM2.50 https://app3.maidam.gov.my/fidyah 
7. Wilayah Persekutuan  RM5.00  https://www.zakat2u.com.my/
8. Selangor: RM2.00  https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/ 
9. Negeri Sembilan  RM1.75 https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php 
10. Pahang RM1.75 https://zakatpahang.my/fidyah/
11. Johor  *Tiada https://www.maij.gov.my/?page_id=483
12. Sabah  RM1.90 https://baitulmal.sabah.gov.my/ 
13. Sarawak  RM1.90 https://www.tbs.org.my/

* Tidak dinyatakan di dalam laman sesawang mengikut negeri terbabit

Cara Kira Fidyah 

Bayaran fidyah adalah mengikut harga beras semasa iaitu secupak untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. Ada negeri yang memberi pilihan harga beras mengikut jenis beras yang dimakan oleh pembayar fidyah seperti di Selangor. 

Harga juga boleh berubah mengikut keputusan pemerintah dan badan yang menyelia bayaran fidyah mengikut negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh layari fidyahonline.com sebagai alternatif membuat kiraan bayaran fidyah anda.

Gandaan Fidyah

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan

Harus menggunakan 2 kaedah:
I. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.
Ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah

Rujukan: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah/

Pandangan ini mengambil kira pelbagai pandangan mazhab-mazhab lain termasuk Syafie, Hanafi dan Hambali. Ia selaras dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya.

Walaupun begitu, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan atau gandaan fidyah dan kiraan ini lebih digalakkan.

Bagaimana Kiraannya?


Contoh seperti berikut:

Bilangan hari tidak berpuasa ✖ Kadar Fidyah (1 hari puasa yang ditinggalkan)  ✖ Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar


Sebagai contohnya: anda tertinggal 5 hari puasa semasa 2021/ 1443H, oleh itu pengiraan bilangan tahun bermula selepas Ramadan 2022 / 1443H hingga Ramadan 2024 / 1444H iaitu 2 tahun. 

Digalakkan untuk membayar fidyah sebelum Ramadan 2025 / 1446H bermula bagi mengelakkan gandaan bayaran fidyah seterusnya. 

Nak mudah, boleh terus layari fidyahonline.com dan masukkan tahun anda tertinggal puasa. InsyaAllah kiraan yang tepat dapat diketahui dan anda boleh terus melangsaikan fidyah.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa bayar fidyah!

You may interested in other post:

Fidyah adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang berasal dari kata akar fada (فدى). Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana… [more]

Sandakan, 24 Disember — Dewan Serbaguna ILP Sandakan menjadi saksi kepada semangat juang dan kecemerlangan pelajar muda dalam acara Hari Anugerah Pelajar yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas Sandakan, dengan kerjasama… [more]

Hadirkan Harapan, Ubah Kehidupan Bersama Asnaf Jalanan Siri Misi Asnaf Jalanan untuk tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya dengan program terakhir bersama komuniti Chow Kit ini memberi makna dan harapan kepada… [more]

Tahun 2024 melabuh tirainya. Di mana jua anda berada, detik peralihan tahun adalah saat refleksi dan muhasabah. Merenung kembali perjalanan Yayasan Ikhlas di 2024, beberapa pencapaian baharu berjaya dilakar, antaranya:… [more]

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, sumbangan kepada badan-badan amal bukan sahaja memberi impak positif kepada masyarakat, tetapi juga boleh membantu anda dalam perancangan kewangan peribadi. Dalam artikel ini, kami… [more]

Melangkah Bersama dengan Semangat Kebersamaan 15 Disember 2024 – Suasana Zakat & Wakaf Fun Run 2024 di Dataran Merdeka pada pagi itu penuh dengan gelak tawa dan semangat komuniti. Antara… [more]