132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih
- admin
Yayasan Ikhlas cawangan Alor Setar dalam fasa akhir pembinaan telaga tiub air di Kampung Tanah Hitam Sik, kedah. Projek ini bakal menyalurkan air bersih melalui pemasangan paip agihan kepada 270 orang penduduk.
Projek Air Bersih yang dijalankan di Tanah wakaf perkuburan Islam Kampung Tanah Hitam, Mukim Sik. Tanah ini adalah di bawah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Pengarah Perhubungan Awam Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim berkata, pembinaan telaga tiub dengan menggunakan sistem hibrid air bawah tanah dan air bukit di atas tanah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkeluasan 13,308itu bakal disalurkan kepada 270 isi rumah untuk kegunaan harian.
‘Kita bekalkan kepada 132 keluarga disini dengan kapasiti 51,000 liter, alhamdulillah proses penggalian telaga telah selesai.’ Tambahnya lagi.
Penduduk kampung di sini rata-ratanya mempunyai berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti menorah getah ke hutan mencari rotan, dan segelintirnya pula menjadi pekerja pembinaan dikawasan sekitar tempat tinggal mereka.
Dalam masa yang sama, Projek Air Bersih akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan mengikut dana sumbangan yang dikumpulkan antaranya di kawasan Baling, Pitas sabah, Pekan pahang, dan Kampung Keniong, Simunjan Sarawak.
Yayasan Ikhlas adalah NGO yang menjalankan Projek Air Bersih menggunakan teknologi Hibrid. Pihak kami ingin mengajak seluruh masyarakat Malaysia turut serta menyumbang bagi Projek Air Bersih ini supaya ramai lagi penduduk pedalaman menerima manfaat hasil dari sumbangan anda.
Layari bit.ly/AirBersihSik atau Maybank – 5628 3463 6228(Rujukan: Projek Air Bersih)