Updates

132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih

132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih

132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih

Yayasan Ikhlas cawangan Alor Setar dalam fasa akhir pembinaan telaga tiub air di Kampung Tanah Hitam Sik, kedah. Projek ini bakal menyalurkan air bersih melalui pemasangan paip agihan kepada 270 orang penduduk. 

Projek Air Bersih yang dijalankan di Tanah wakaf perkuburan Islam Kampung Tanah Hitam, Mukim Sik. Tanah ini adalah di bawah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Pengarah Perhubungan Awam Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim berkata, pembinaan telaga tiub dengan menggunakan sistem hibrid air bawah tanah dan air bukit di atas tanah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkeluasan 13,308itu bakal disalurkan kepada 270 isi rumah untuk kegunaan harian.

‘Kita bekalkan kepada 132 keluarga disini dengan kapasiti 51,000 liter, alhamdulillah proses penggalian telaga telah selesai.’ Tambahnya lagi.

Penduduk kampung di sini rata-ratanya mempunyai berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti menorah getah ke hutan mencari rotan, dan segelintirnya pula menjadi pekerja pembinaan dikawasan sekitar tempat tinggal mereka.

Dalam masa yang sama, Projek Air Bersih akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan mengikut dana sumbangan yang dikumpulkan antaranya di kawasan Baling, Pitas sabah, Pekan pahang, dan Kampung Keniong, Simunjan Sarawak.

Yayasan Ikhlas adalah NGO yang menjalankan Projek Air Bersih menggunakan teknologi Hibrid. Pihak kami ingin mengajak seluruh masyarakat Malaysia turut serta menyumbang bagi Projek Air Bersih ini supaya ramai lagi penduduk pedalaman menerima manfaat hasil dari sumbangan anda.

Layari bit.ly/AirBersihSik atau Maybank – 5628 3463 6228(Rujukan: Projek Air Bersih)

 

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]