Article

Yayasan Ikhlas & PNB: Bantuan Bencana Ringankan Beban Warga Gum-Gum

Yayasan Ikhlas & PNB: Bantuan Bencana Ringankan Beban Warga Gum-Gum

Yayasan Ikhlas, dengan kerjasama daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), baru-baru ini mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir di SMK Gum-Gum Sandakan, Sabah. Kawasan ini dipilih antara lain kerana kekerapan dilanda banjir menjadikan bantuan ini sangat dinantikan oleh penduduk setempat.

Seramai 422 penerima mendapat manfaat daripada majlis ini. 150 pelajar telah menerima Bantuan Persekolahan, manakala 272 penerima lain di sekitar Kampung Gum-Gum pula menerima Pek Ikhlas yang penuh dengan barang keperluan harian. Semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat banjir.

Menurut Puan Felicia, Pengetua SMK Gum-Gum:
“Kalkulator sangat mahal dan ramai ibu bapa tak mampu nak belikan. Kami rasa sangat terharu dengan bantuan yang diberikan oleh PNB dan Yayasan Ikhlas. Ini sangat membantu pelajar kami.”

Delegasi PNB, yang diketuai oleh Puan Nimmi Kamal, Ketua Hal Ehwal Korporat PNB, serta wakil dari Yayasan Ikhlas, disambut mesra oleh pihak sekolah. Mereka bukan sahaja menghadiri majlis penyerahan bantuan, tetapi turut menziarahi rumah-rumah pelajar dan golongan asnaf di kawasan kampung.

Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Bantuan Bencana Banjir PNB 2024 Fasa 1, di mana Yayasan Ikhlas berjaya menyalurkan sumbangan bernilai RM290,000 untuk membantu penduduk di Pantai Timur Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat banjir. Bantuan ini diharap dapat memberikan sinar harapan kepada pelajar dan keluarga yang terkesan, sekaligus menjadi motivasi untuk mereka terus berjaya dalam pelajaran.

Bersama tetamu daripada Permodalan Nasional Berhad, PNB, Yayasan Ikhlas, pihak Sekolah Gum Gum serta wakil penduduk.

Yayasan Ikhlas akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial bersama rakan kerjasama korporat bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.Jom bersama kami membantu mereka yang memerlukan dalam menghadapi bencana.
Layari: misibantuan.com

You may interested in other post:

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]

Taiping, 24 Oktober 2025 — Yayasan Ikhlas melalui cawangan Ipoh telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di sekitar Taiping susulan kejadian banjir yang melanda negeri Perak sejak beberapa hari… [more]

Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan sumbangan dua buah bot menyelamat kepada Yayasan Ikhlas dalam satu majlis perasmian yang berlangsung di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat… [more]

Pihak Yayasan Ikhlas dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa pemasangan ceiling bilik kelas dan guru serta 8 unit kipas angin di Sekolah Alternatif PPKK, Pulau Jamipras, Sandakan telah selesai… [more]

Kalkulator Fidyah Kalkulator fidyah ini akan bantu anda untuk menghitung jumlah kadar bayaran fidyah anda. *Mula dari tahun yang tidak boleh diganti sahaja. Dalam konteks puasa khususnya pada bulan Ramadan… [more]