Article

Siapa Yang Wajib Bayar Fidyah?

Siapa Yang Wajib Bayar Fidyah?

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Berikut adalah 5 golongan utama yang WAJIB bayar fidyah:

1. Warga Emas Atau Sakit Kronik Tiada Harapan Sembuh

wajib bayar fidyah bagi golongan sakit kronik dan tiada harapan sembuh

Golongan yang:

  • Tidak mampu berpuasa kerana terlalu tua dan lemah
  • Mengalami penyakit kronik yang berpanjangan dan tiada harapan sembuh

Mereka TIDAK WAJIB ganti puasa kerana keadaan fizikal tidak mengizinkan. Sebaliknya, mereka perlu membayar fidyah sebagai gantian.

2. Meninggalkan Puasa Kerana Hamil Atau Menyusukan Anak

wajib bayar fidyah bagi ibu mengandung atau menyusukan anak

Jika wanita mengandung atau menyusu tidak berpuasa kerana:

  • Risaukan kesihatan diri dan bayinya
  • Takut mudarat berlaku pada kandungan atau anak

Maka mereka WAJIB ganti puasa dan BAYAR FIDYAH kerana meninggalkan puasa atas sebab orang lain.

3. Menangguh Ganti Puasa Sehingga Masuk Ramadan Seterusnya

wajib bayar fidyah kerana menangguhkan ganti puasa sehingga Ramadan berikutnya

Jika seseorang:

  • Tertinggal puasa tahun lalu
  • Tidak sempat ganti (qada’) sehingga masuk Ramadan yang baru

Dia WAJIB ganti puasa dan BAYAR FIDYAH sebagai denda kerana melewatkan ganti puasa. Jumlah fidyah akan berganda setiap tahun jika masih belum diganti.

4. Meninggal Dunia Dan Tidak Sempat Ganti Puasa

wajib bayar fidyah bagi orang yang meninggal dunia sebelum sempat ganti puasa

Jika seseorang meninggal dunia dan;

  • Masih ada puasa yang belum diganti
  • Tidak sempat menunaikan fidyah

Waris boleh bayar fidyah bagi pihak si mati, berdasarkan jumlah hari yang tertinggal.

5. Meninggalkan Puasa Kerana Musafir Atau Sakit

wajib bayar fidyah bagi yang tinggalkan puasa kerana musafir atau sakit

Musafir dan pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan, WAJIB ganti puasa dan BAYAR FIDYAH.

Ketahui Cara Kira Fidyah

Jangan Ambil Ringan Tentang Fidyah

Ramai antara kita ambil mudah tentang fidyah, sedangkan ia adalah tanggungan wajib di sisi Allah. Jika anda termasuk dalam mana-mana golongan di atas, tunaikanlah fidyah secepat mungkin.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامُ شَهْرٍ فَلْيُطْعَمْ عَنْهُ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا

Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.
Riwayat al-Tirmizi (718) dan Ibnu Majah (1757)

You may interested in other post:

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]

Sumbangan masyarakat yang dikumpulkan akhirnya diterjemahkan kepada sesuatu yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan sebuah van jenazah kepada Surau Muhibbah Kajang, sekali gus menjadi… [more]