Updates

Yayasan Ikhlas Ipoh Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Taiping

Yayasan Ikhlas Ipoh Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Taiping

Taiping, 24 Oktober 2025 — Yayasan Ikhlas melalui cawangan Ipoh telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di sekitar Taiping susulan kejadian banjir yang melanda negeri Perak sejak beberapa hari lalu.

Bantuan yang diagihkan merangkumi tilam, tikar, pek makanan kering serta air mineral, bagi meringankan beban mangsa yang kini ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar daerah berkenaan.

Selain itu, pasukan Yayasan Ikhlas turut membantu usaha membawa keluar penduduk yang terperangkap di rumah akibat paras air yang meningkat di beberapa kawasan, bersama bantuan daripada pihak berkuasa tempatan.

Misi bantuan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan Ikhlas dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu di Perak yang menyebabkan lebih 2,100 mangsa masih berlindung di PPS ketika ini.

Yayasan Ikhlas menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyokong usaha kemanusiaan ini melalui misibantuan.com agar lebih ramai mangsa dapat dibantu dengan segera.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]