Updates

PNB Mendanai Bot Menyelamat, Perkukuh Tugas Misi Bencana

PNB Mendanai Bot Menyelamat, Perkukuh Tugas Misi Bencana

Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan sumbangan dua buah bot menyelamat kepada Yayasan Ikhlas dalam satu majlis perasmian yang berlangsung di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Setia, Ketua Pesuruhjaya (PA) Dato Aminurrahim bin Mohamed, En Rizal Mohamed Ali, Ketua Kelestarian dan Pelaburan Sosial, PNB dan Ir Haji Kamaruddin Kassim, Pengarah Bahagian Korporat, Yayasan Ikhlas.

Baca artikel ini: APM terima 2 bot, 75 jaket keselamatan daripada Yayasan Ikhlas hasil dana Permodalan Nasional Berhad

Acara ini juga diserikan lagi dengan sesi penerangan projek oleh Lt Muda (PA) Hanizam Azman
yang menerangkan peranan bot menyelamat dalam operasi bantuan kecemasan dan kesiapsiagaan bencana di lapangan.

Majlis ini bukan sahaja menzahirkan komitmen PNB dalam menyokong usaha kemanusiaan melalui Yayasan Ikhlas, malah memperkukuhkan hubungan strategik dengan APM selaku agensi barisan hadapan pengurusan bencana.

Bermula dari tahun 2022, PNB telah mendanai lebih dari 2 juta bagi Projek Bantuan Bencana Banjir Yayasan Ikhlas.

Klik butang di bawah untuk jadi sebahagian daripada penyelamat mangsa banjir!

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]