Updates

Yayasan Ikhlas & NGO Johor Bahru Agih Lebih 2000 Bubur Lambuk

Yayasan Ikhlas & NGO Johor Bahru Agih Lebih 2000 Bubur Lambuk

Yayasan Ikhlas & NGO Johor Bahru Agih Lebih 2000 Bubur Lambuk

Tradisi gotong royong memasak bubur lambuk diteruskan semalam bersama ngo-ngo daerah Johor Bahru.

Sebanyak 6 periuk bubur lambuk dimasak secara gotong royong oleh sukarelawan daripada Yayasan Ikhlas, Muafakat Kempas, Isma Johor Bahru, Ihsan Johor dan dibantu oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.

Program tersebut diadakan melalui inisiatif Komuniti Keluarga Malaysia Kempas Baru yang turut dianggotai oleh NGO-NGO sekitar Kempas, Johor Bahru dan telah mengagihkan lebih 2000 bekas bubur kepada wakil-wakil komuniti sekitar Kempas.

Yayasan Ikhlas cawangan Johor Bahru turut bersama dalam program ini sempena Kempen Kasih Ramadan yang sedang berjalan. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran En Zaini Sayuti, Penghulu Kanan Daerah Johor Bahru.

Teruskan menyumbang bersama Yayasan Ikhlas, untuk mengukir senyuman dan kegembiraan kepada mereka.

kasihramadan.com
kasihramadan.com
kasihramadan.com

“Ikhlas Dari Hati, kebahagiaan Dikongsi”

Peduli dan Prihatin
Yayasan Ikhlas

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]