Updates

Yayasan Ikhlas agih daging korban kepada 3,574 keluarga

Yayasan Ikhlas agih daging korban kepada 3,574 keluarga

Yayasan Ikhlas agih daging korban kepada 3,574 keluarga

Ibadah korban anjuran Yayasan Ikhlas pada tahun ini telah melibatkan sebanyak 51 ekor lembu bagi memberi manfaat kepada 3,574 buah keluarga di sekitar Ranau, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan, Kota Belut dan Kudat, Sabah.

Program yang dikenali sebagai Korban Ikhlas 2022 itu turut disertai Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, daging korban itu adalah hasil daripada penyertaan seluruh rakyat Malaysia.

Tambah beliau, 16 petugas Yayasan Ikhlas dari Semenanjung dan Borneo telah bekerja­sama melancarkan lagi program tersebut.

Prof. Dr. Zainur Rashid (tiga dari kiri) dan Datuk Ustaz Bungsu (empat dari kiri) bersama 16 petugas Yayasan

“Fokus agihan daging korban adalah di kawasan pedalaman bagi membantu saudara Islam dan juga bukan Islam serta penduduk yang susah dan tidak berkemampuan merasai daging korban.

“Ibadah korban kali ini cukup bermakna apabila Mufti Sabah sendiri telah menyembelih beberapa ekor lembu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Prof. Dr. Zainur Rashid, 10 ekor lembu telah dikorbankan di Sandakan, tujuh ekor da­ging lembu korban diagihkan ke kawasan penduduk setinggan dan daging seekor lembu diagihkan di kawasan bandar bagi penduduk miskin.

Dua ekor lembu lagi dikorbankan dengan kerjasama Pasukan Marin Cawangan Sabah untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Berhala dan Kampung Simura.

Sementara itu, Datuk Ustaz Bungsu menerangkan, agihan daging korban turut diagihkan kepada keluarga asnaf yang bukan ber­agama Islam dan ia bersesuaian dengan keputusan Maj­lis Muzakarah Fatwa negeri Sabah yang diputuskan sejak beberapa tahun lepas.

You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]