Bantuan Untuk Adik Nabil Najmi Bergerak

Yayasan Ikhlas telah bergerak ke Bukit Jalil bagi menziarahi keluarga adik Nabil Najmi, 26 tahun yang menderita “Spastic Quadriplegic Cerebral Palsy” sejak lahir lagi.

Beliau dijaga sepenuh masa oleh Ibu dan ayahnya kerana keadaannya yang terlantar serta tidak mampu bergerak lincah seperti rakan seusianya. Dalam masa yang sama ayah beliau juga menghidap penyakit saraf sejak 15 tahun yang lalu.

Special Needs Car Seat (Custom Made) merupakan alat bantuan yang dicadangkan oleh Pakar Rehabilitasi HUKM digunakan untuk memudahkan urusan penjaga menguruskan adik Nabil Najmi.

Hal ini kerana untuk membantu memudahkan pengurusannya di rumah dan menaiki kenderaan bagi mengurangkan risiko komplikasi tulang belakang dan dalam masa yang sama memberi kemudahan kepada ibubapa untuk membawa adik Nabil bersiar-siar menaiki kenderaan.

Yayasan Ikhlas mensasarkan lebih ramai lagi pesakit yang akan dibantu menerusi program Bantu Pesakit Sihat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa
.
Mari bersama kita menyumbang kepada mereka senasib dengan adik Nabil Najmi. Sokongan daripada anda mampu mengukir semula senyuman dan harapan mereka.

Lebih berita terkini