Article

Misi Banjir Utara : Bantuan Emosi untuk Mangsa Banjir di Kedah

Misi Banjir Utara : Bantuan Emosi untuk Mangsa Banjir di Kedah

September 2024-Yayasan Ikhlas turun padang ke Pokok Sena, Kedah, yang dilanda banjir dengan misi khas bantuan banjir Kedah untuk membawa keceriaan kepada kanak-kanak terjejas. Dengan sokongan 20 sukarelawan yang komited, Yayasan Ikhlas melaksanakan Program Kit Emosi, satu inisiatif untuk membantu anak-anak kecil menghadapi tekanan emosi akibat bencana.

Program ini berlangsung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Hijau, Kampung Padang Temesu, Kedah dengan pelbagai aktiviti seperti mewarna, melukis, dan permainan kerusi berirama. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi kelegaan emosi kepada kanak-kanak yang sedang melalui saat-saat sukar.

Kanak-kanak mangsa banjir di pusat PPS gembira menerima kit emosi yang disediakan oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas.

Selain golongan kanak-kanak, turut terlibat sama menyertai aktiviti yang disediakan adalah golongan dewasa turut di santuni oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas.

Artikel berkaitan: Dapur Ikhlas, Inisiatif Siap Siaga Banjir

Jelas tergambar sedikit keceriaan dan mereka menghargai usaha sukarelawan Yayasan Ikhlas dalam menyantuni mangsa banjir di pusat PPS berkenaan. Salah seorang  ibu di PPS Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang berkata, “Esok datanglah lagi. Kami cemuih dah 3 hari berkampung di sini tunggu air surut. Tak tau nak buat apa

Komitmen sukarelawan dalam menjayakan misi bantuan banjir Kedah mendapat sambutan hangat. Terima kasih menerima kehadiran Yayasan Ikhlas, dan kami mendoakan agar semua mangsa banjir dapat pulang ke kediaman masing-masing dan bah banjir ini segera surut.

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]