Updates

Dapur Ikhlas, Inisiatif Kemanusiaan siap siaga bantuan mangsa banjir

Dapur Ikhlas, Inisiatif Kemanusiaan siap siaga bantuan mangsa banjir

Banjir bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda malahan menjejaskan keperluan asas seperti terputus bekalan makanan dan minuman kepada mangsa banjir.  Yayasan Ikhlas tampil menyediakan satu inisiatif kemanusiaan menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir melalui Dapur Ikhlas.

Inisiatif ini telah bermula semenjak bencana banjir pada tahun 2022. Melalui bantuan sukarelawan dan turut disertai oleh orang awam, Dapur Ikhlas telah mengagihkan lebih 4,000 pek makanan panas  kepada mangsa banjir yang terjejas setakat ini.

Pek makanan panas ini disediakan  melalui usaha bergotong-royong oleh komuniti setempat, sukarelawan, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga bersama anggota APM. Kawasan tumpuan bantuan di salurkan adalah di sekitar pantai timur Malaysia, iaitu di Kelantan dan Terengganu.

8 buah Kampung di sekitar negeri Kelantan yang telah di santuni pada Janurai 2024 lepas melalui Dapur Ikhlas, antaranya:

  • Kg Guar Tok Dee
  • Kg Bendang Guchil
  • Kg Tasek Ulu
  • Kg Tasek Permai
  • Kg Padang Licin
  • Kg Lachang
  • Kg Lubok Jong
  • Kg Siram

Selepas siap dimasak secara bergotong-royong, makanan tersebut akan diagihkan mengikut lokasi dengan bantuan Ketua Kampung dan penduduk sekitarnya. Selain itu ia juga diagihkan secara drive-thru atau dihidang secara buffet di pusat pemindahan banjir.

Sumbangan projek Dapur Ikhlas ini juga telah mendapat sokongan dari beberapa organisasi yang berganding bahu untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Coca-Cola Bottlers, antara penaja rasmi bagi misi ini. Semoga bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban kepada mangsa banjir.

Terima kasih kepada pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas yang turut bersama membantu dalam misi bantuan bencana . Terima kasih buat semua penyumbang. Teruskan menyokong usaha Yayasan Ikhlas melalui misibantuan.com

Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda


Mangsa banjir memerlukan bantuan anda, salah satu cara untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir adalah dengan menghulurkan sumbangan meringankan beban mereka.

You may interested in other post:

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]

Sumbangan masyarakat yang dikumpulkan akhirnya diterjemahkan kepada sesuatu yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan sebuah van jenazah kepada Surau Muhibbah Kajang, sekali gus menjadi… [more]

Semangat kesukarelawanan bukan hanya tentang menghulurkan sumbangan. Ada masanya, tenaga dan masa yang diberikan bersama-sama mampu membawa perubahan besar kepada sesebuah komuniti. Atas semangat itu, Yayasan Ikhlas bersama ON Semiconductor… [more]

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]