Article

Ketika Guru Jadi Harapan: Jasa Mereka, Harapan Anak Pulau

Ketika Guru Jadi Harapan: Jasa Mereka, Harapan Anak Pulau

Di sesetengah tempat, sekolah mereka umpama bangunan megah dengan pendingin hawa dan Wi-Fi yang laju. Namun di pulau-pulau terpencil Sabah, sekolah mereka hanyalah sebuah bilik yang sempit, berdindingkan papan dan guru ialah satu-satunya harapan yang membawa ilmu ke sana.

Anak-anak pulau dan guru wanita pedalaman Sabah bergambar sambil tersenyum di kawasan kampung.
Sekumpulan anak-anak pulau bersama guru mereka, tersenyum dalam suasana luar bandar yang sederhana dan penuh kasih sayang.

Laut, Hujan, Panas, Mereka Tetap Sampai

Guru-guru ini bukan datang menaiki kereta atau motorsikal. Tetapi mereka menempuh laut berjam-jam dengan menaiki bot kecil. Kadangkala terpaksa menggunakan plastik sampah untuk dijadikan sebagai baju hujan ketika hujan lebat. Ada masanya, bot terpaksa berhenti sebab arus terlalu kuat.

Namun, mereka tetap hadir. Dengan senyuman yang sama, dan semangat yang tak pernah luntur.

Di Mana Ada Murid, Di Situ Ada Guru

Anak-anak di pulau kecil itu tidak pernah meminta lebih. Cukup ada seorang guru yang sabar mengajar mereka membaca dan menulis. Kadangkala, guru itu jugalah yang jadi doktor bila anak murid demam. Dan bila murid jatuh semangat, guru jugalah yang peluk dan tenangkan.

Dalam komuniti kecil seperti itu, guru bukan sekadar pengajar mereka bagaikan ibu, ayah dan teman rapat.

Baca artikel berkaitan: Bila Ilmu Jadi Cahaya di Pulau | Kisah Benar Guru di Sabah

Tanpa Internet, Tanpa Elektrik – Tapi Penuh Cahaya

Kelas bermula seawal matahari naik dan tamat bila matahari terbenam. Tiada kipas. Tiada projektor. Tiada papan putih interaktif. Tetapi anak-anak itu tetap belajar dengan penuh minat sebab mereka tahu, setiap hari guru hadir adalah hadiah.

Harapan Yang Tak Ternilai

Ada murid yang akhirnya berjaya membaca Al-Quran dengan lancar. Ada yang balik bantu adik-adik belajar di kampung. Dan semuanya bermula dari seorang guru yang sabar hadir setiap hari, walau dibayar tidak seberapa, walau jauh dari keluarga sendiri.

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]