Article

Bila Ilmu Jadi Cahaya di Pulau | Kisah Benar Guru di Sabah

Bila Ilmu Jadi Cahaya di Pulau | Kisah Benar Guru di Sabah
Guru wanita Yayasan Ikhlas tiba di pulau terpencil Sabah selepas meredah laut dalam hujan
Guru wanita Yayasan Ikhlas tiba di pantai pulau terpencil Sabah dalam keadaan hujan, selepas menaiki bot dari tanah besar untuk menjalankan misi pendidikan

Di tengah lautan luas Sabah, terdapat pulau kecil dengan sekolah berdinding papan tanpa elektrik, tiada internet, dan bekalan air. Di sinilah sekelompok guru pedalaman Sabah mengabdikan diri membawa cahaya ilmu kepada anak-anak yang hidupnya dibatasi arus pendidikan moden.

Cabaran Harian Guru Pedalaman Sabah

  • Mereka perlu menaiki perahu sampan untuk sampai ke sesuatu pulau untuk mengajar di sana.
  • Internet adalah satu kemewahan, sekurang‑kurangnya 52% murid tidak mempunyai capaian, menjadikan pembelajaran secara dalam talian sukar dilaksanakan.
  • Bahan bantu mengajar minimum, bangunan sekolah uzur dan ketiadaan kemudahan asas seperti elektrik sangat biasa.

Namun, guru-guru ini tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk meninggalkan anak pedalaman pulau ini keciciran pendidikan.

Pengorbanan & Inovasi

Bukan sekadar mengajar. Mereka tinggal di rumah papan, makan seadanya dan berjimat hingga tahap maksimum. Namun semangat mereka tetap membara. Banyak dari mereka mencipta modul sendiri dengan menulis di papan hitam lama, melukis gambar bantu murid ingat fakta, dan meminjam solar lampu untuk kelas sebelum subuh.

Oh, dan ada yang menaiki bot kecil merentasi laut dan berlumpur untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak di pedalaman ini.

Kami bukan sekadar ajar baca dan menulis. Kami bawa harapan.
– Guru pedalaman Sabah

Inspirasi & Harapan

Guru wanita mengajar anak-anak pulau dalam aktiviti luar kelas di kawasan pedalaman Sabah.
Anak-anak pulau Sabah menyertai sesi pembelajaran interaktif bersama guru Yayasan Ikhlas di luar kelas

Kerja keras mereka bukan sia-sia.

  • Murid yang asalnya takut membaca kini mampu menzahirkan kata pertama mereka.
  • Kelas yang gersang kini ceria dengan suara anak-anak menyanyi.
  • Guru‑guru muda yang ditempatkan di pulau ini kini semakin dihargai, malah ada yang berjaya memenangi anugerah atas dedikasi mereka.

Sokongan Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas tekad membantu mereka meneruskan misi ini. Antara inisiatifnya:

  • Menyediakan peralatan pembelajaran dan nota bercetak.
  • Sokongan elektrik (solar panel) dan lampu mudah alih.
  • Elaun perjalanan ke pulau atau darat serta bantuan pengangkutan.
  • Kursus motivasi dan sokongan emosi untuk guru pedalaman.

Sumbangan anda bukan sahaja menyediakan lampu dan buku, tetapi adalah pemberian HARAPAN dan SINAR kepada satu generasi yang dulu gelap.

Dedikasi guru pedalaman Sabah ini membuktikan bahawa ilmu adalah cahaya, tidak kira ceruk mana pun kita berada. Kerana mereka, anak-anak pedalaman punya harapan bukan keciciran.

Dengan sokongan anda, Yayasan Ikhlas dapat pastikan cahaya ilmu terus menyala bukan hanya di kampung, tetapi merentasi lautan.

You may interested in other post:

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]

Sumbangan masyarakat yang dikumpulkan akhirnya diterjemahkan kepada sesuatu yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan sebuah van jenazah kepada Surau Muhibbah Kajang, sekali gus menjadi… [more]

Semangat kesukarelawanan bukan hanya tentang menghulurkan sumbangan. Ada masanya, tenaga dan masa yang diberikan bersama-sama mampu membawa perubahan besar kepada sesebuah komuniti. Atas semangat itu, Yayasan Ikhlas bersama ON Semiconductor… [more]

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]