Updates

Duta Yayasan Ikhlas Ipoh Menyampaikan Bantuan COVID-19 Pelajar Tahfiz

Duta Yayasan Ikhlas Ipoh Menyampaikan Bantuan COVID-19 Pelajar Tahfiz

Duta Yayasan Ikhlas Ipoh Menyampaikan Bantuan COVID-19 Pelajar Tahfiz

Peningkatan kes Covid-19 terutama Varian Omicron yang melanda seluruh negara turut memberi kesan kepada sekolah berasrama penuh di beberapa buah negeri sejak beberapa hari lalu menjadikan lokasi gelembung selamat itu mulai bocor dan semakin ramai pelajar mula dijangkiti virus berbahaya itu.

Di Ipoh, seramai 78 orang pelajar Tahfiz dan staff Akademi Ikatan Muslimin dan Maahad Imtiyaz turut dijangkiti virus Covid-19 ini tatkala sebahagian besar mereka sedang menghadapi peperiksaan SPM dan juga STAM.

Sehubungan itu, Timbalan Mufti Perak, SS Dato Haji Zamri bin Hashim selaku Duta Yayasan Ikhlas Ipoh diiringi Pengurus Yayasan Ikhlas Ipoh, En Hassriq Hafize telah turun memberi sumbangan barangan kit kesihatan Covid 19 dan sumbangan tunai kepada kedua – dua institusi pengajian Tahfiz ini.

Menurut Dato Haji Zamri, ” Saya selaku Duta Yayasan Ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penderma. Derma tuan – tuan telah sampai kepada para pelajar tahfiz Maahad Imtiyaz dan Akademi Ikatan Muslimin untuk meringankan beban mereka tatkala ditimpa ujian Covid 19″

” Saya juga menyeru kepada orang ramai untuk terus menyumbang kepada Yayasan Ikhlas demi kebajikan seramai yang mungkin. Semoga lebih banyak sumbangan diberikan kepada ramai penerima yang memerlukan.”

Pengarah Eksekutif Akademi Ikatan Muslimin, Ustaz Mohd Najib Bin Sadli turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas dan para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan kepada Akademi Ikatan Muslimin yang mempunyai seramai 452 pelajar ini.

You may interested in other post:

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi juga ketenangan, kesihatan, dan kasih sayang. Berikut 5 amalan pembuka rezeki yang diamalkan oleh ramai sebagai jalan untuk meluaskan pintu rezeki. 1. Banyakkan… [more]

Buat pertama kalinya, sebuah sekolah tahfiz berkonsepkan TVET akan dibina di Semporna, Sabah. Ini bukan sekadar sekolah tetapi harapan baru buat anak-anak yang sebelum ini tercicir dari sistem pendidikan arus… [more]

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwukuf…. [more]

Pada tarikh 9 Zulhijjah adalah hari yang sangat agung dalam Islam. Ia bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi seluruh umat Islam disarankan berpuasa dan memperbanyakkan doa Hari Arafah. Kelebihan Doa… [more]

Ramai yang semangat nak buat ibadah korban, Alhamdulillah! Tapi tak ramai tahu, ada beberapa pantang larang semasa buat korban yang wajib dielakkan supaya ibadah kita sah dan diberkati. Kalau silap… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna