Updates

Derita Maryam, bukan sekadar OKU biasa

Derita Maryam, bukan sekadar OKU biasa

Nur Maryam, anak istimewa dilahirkan dengan berat 1.8 kg (bayi pramatang). Anak ketiga kepada pasangan Nasrudin (34 tahun) dan Nur Atikah (35 tahun) kini bukan sekadar orang kelainan upaya biasa (OKU).

Sindrom Goldenhar atau sindrom Treacher Collins antara penyakit yang jarang ditemui dan hanya 1 daripada 50,000 kelahiran bayi seluruh dunia menghidap penyakit ini.

Sindrom Treacher Collins ini menyebabkan Maryam mengalami:

  • Sumbing
  • tiada kelopak mata sebelah kanan
  • bentuk telinga lebih kecil
  • hilang saraf pendengaran kedua-dua belah telinga
  • ketinggian terbantut dan sindrom autisme.

“Masa saya lahirkan Maryam saya kena covid dan Maryam di wad ICU, selepas habis kurantin dan masih dalam pantang saya ulang alik ke hospitail melihat perkembangan Maryam. Dulu saya tak kuat tapi sekarang lepas saya membesarkan Maryam sendiri di depan mata saya, saya dah tak kisah orang nak kata apa tentang Maryam. Saya redha”

Nur Maryam, penerima Bantu Pesakit Sihat yang menghidap Sindrom Treacher Collins bersama ibu bapanya
Nasrudin bekerja sebagai penghantar surat dengan anggaran pendapatan bulanan RM1,500 dan isterinya Nur Atikah merupakan suri rumah sepenuh masa menjaga anaknya Nur Maryam.

Tekanan emosi dengan kata-kata orang sekeliling

“Pada awalnya saya rasa tertekan kerana orang sekeliling mengata macam-macam tentang Maryam, memang saya tak boleh terima sampai saya mimpi nak bunuh Maryam,”

Menitis air mata seorang ibu, menahan sebak ketika berkongsi perasaan tentang anak istimewanya itu. Sambungnya lagi

“Masa saya lahirkan Maryam saya kena covid dan Maryam di wad ICU, selepas habis kurantin dan masih dalam pantang saya ulang alik ke hospitail melihat perkembangan Maryam.

Dulu saya tak kuat tapi sekarang lepas saya membesarkan Maryam sendiri di depan mata saya, saya dah tak kisah orang nak kata apa tentang Maryam. Saya redha” 

Maryam sudah melalui dua siri pembedahan sebelum ini, iaitu pembedahan bibir atas dan pembedahan lelangit yang terbelah. Anak kecil ini akan melalui tiga siri pembedahan lagi.

Antaranya pembedahan mata untuk membuang selaput mata sebelah kanan, pembedahan gusi dan pembedahan hidung.

Artikel lain: Bantuan Untuk Adik Nabil Najmi Bergerak

Yayasan Ikhlas Komited Membantu

Setakat ini, Nur Maryam menerima bantuan daripada pihak BaitulMal sebanyak RM500 sebulan. Namun, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung keperluan rawatannya yang lain. Keperluan harian Maryam antaranya Tiub, Syringe dan Lampin Pakai Buang. Selain itu,Yayasan Ikhlas kini sedang merangka bentuk bantuan lain untuk Maryam iaitu akan mendaftarkan Maryam ke sekolah Pendidikan Khas, Terapi Komunikasi dan Bahasa Isyarat juga Terapi Motor Skill.

Yayasan Ikhlas komited untuk membantu Adik Maryam kerana anak istimewa ini berhak mempunyai masa depan yang baik dengan sokongan dan bantuan anda di luar sana.

Jom Bersama Bantu Adik Maryam

Mari kita bersama-sama bantu adik Maryam dengan melayari bantumaryam.com.
Yayasan Ikhlas – Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda

You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]