Artikel

Yayasan Ikhlas & PNB: Bantuan Bencana Ringankan Beban Warga Gum-Gum

Yayasan Ikhlas & PNB: Bantuan Bencana Ringankan Beban Warga Gum-Gum

Yayasan Ikhlas, dengan kerjasama daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), baru-baru ini mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir di SMK Gum-Gum Sandakan, Sabah. Kawasan ini dipilih antara lain kerana kekerapan dilanda banjir menjadikan bantuan ini sangat dinantikan oleh penduduk setempat.

Seramai 422 penerima mendapat manfaat daripada majlis ini. 150 pelajar telah menerima Bantuan Persekolahan, manakala 272 penerima lain di sekitar Kampung Gum-Gum pula menerima Pek Ikhlas yang penuh dengan barang keperluan harian. Semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat banjir.

Menurut Puan Felicia, Pengetua SMK Gum-Gum:
“Kalkulator sangat mahal dan ramai ibu bapa tak mampu nak belikan. Kami rasa sangat terharu dengan bantuan yang diberikan oleh PNB dan Yayasan Ikhlas. Ini sangat membantu pelajar kami.”

Delegasi PNB, yang diketuai oleh Puan Nimmi Kamal, Ketua Hal Ehwal Korporat PNB, serta wakil dari Yayasan Ikhlas, disambut mesra oleh pihak sekolah. Mereka bukan sahaja menghadiri majlis penyerahan bantuan, tetapi turut menziarahi rumah-rumah pelajar dan golongan asnaf di kawasan kampung.

Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Bantuan Bencana Banjir PNB 2024 Fasa 1, di mana Yayasan Ikhlas berjaya menyalurkan sumbangan bernilai RM290,000 untuk membantu penduduk di Pantai Timur Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat banjir. Bantuan ini diharap dapat memberikan sinar harapan kepada pelajar dan keluarga yang terkesan, sekaligus menjadi motivasi untuk mereka terus berjaya dalam pelajaran.

Bersama tetamu daripada Permodalan Nasional Berhad, PNB, Yayasan Ikhlas, pihak Sekolah Gum Gum serta wakil penduduk.

Yayasan Ikhlas akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial bersama rakan kerjasama korporat bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.Jom bersama kami membantu mereka yang memerlukan dalam menghadapi bencana.
Layari: misibantuan.com

You may interested in other post:

Pada 17-18 Mei 2025, telah berlangsungnya Family Day STI 2025 anjuran Wira Ikhlas, barisan sukarelawan aktif Yayasan Ikhlas, telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan nilai kebersamaan. Selama 2 hari… [more]

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin… [more]

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program… [more]

Maksud Hari Tasyrik Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam… [more]

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut: 1. Mandi… [more]

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna