Terbaru

Kesenian Islam subur dalam kalangan anak-anak asnaf pedalaman Sabah di Program Ihtifal PPI Al-Huda 

Kesenian Islam subur dalam kalangan anak-anak asnaf pedalaman Sabah di Program Ihtifal PPI Al-Huda 

Seni dan budaya bukanlah sesuatu yang terpisah dalam Islam. Menurut Al-Farabi, seni adalah ciptaan yang berbentuk keindahan. Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri, seni Islam hendaklah mempunyai matlamat baik, halal dan berakhlak. Seni sangat berkait rapat dengan kebudayaan. Kebudayaan ini membawa kepada nilai agama terutamanya agama Islam.

Demi meraikan kebolehan dan mencungkil bakat adik-adik di Pusat Pembelajaran Islam (PPI) Al-Huda,  7 acara pertandingan di adakan. Ianya merangkumi pertandingan Azan, Tilawah, Hafazan, Syarahan Bahasa Melayu, Sketsa, Kuiz Agama serta pertandingan nasyid.

Salah sebuah kumpulan pelajar menyertai pertandingan nasyid.

Program ini yang julung kali diadakan telah menggabungkan kedua insititusi iaitu PPI Al-Huda Pekan 2 dan PPI Al-Huda Kuala Bibang, Semporna, Sabah. Seramai 60 peserta telah menyertai program ini.

Juri bagi program tilawah Al-Quran merupakan juri jemputan di kalangan Imam masjid

Pembelajaran seharusnya tidak tertumpu di dalam kelas semata. Apabila program sebegini dijalankan, pengalaman baru, daya kreativiti serta kemahiran asas lain turut dapat digilap.

Artikel berkaitan: Inisiatif Klinik Bergerak untuk Long Busang yang Terpencil

Tahniah diucapkan kepada semua urusetia program yang terdiri daripada guru-guru di PPI Al-Huda yang telah bertungkus lumus menjayakan program buat anak didik kebanggaan semua.

Adik Julhani memperdengarkan azan ketika Program Ihtifal PPI Al-Huda baru-baru ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja pelajar Al-Huda serta penyumbang tetap yang sentiasa menyokong program-program kami di Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda.

Semoga para pelajar mendapat manfaat sepanjang program ini berlangsung. Seni dan budaya dalam Islam tidak pernah terpisah. Cabaran terbesar kita, bagaimana ingin menjadikan seni yang berunsurkan Islam sebagai alternatif utama ke arah pembentukan peribadi insan yang unggul. Ia bukan lagi hanya halwa telinga yang membuai-buai dan melekakan, akan tetapi satu ejen perubahan ummah keseluruhannya, InsyaAllah .

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]