Artikel

Inisiatif Klinik Bergerak untuk Long Busang yang Terpencil

Inisiatif Klinik Bergerak untuk Long Busang yang Terpencil

Seorang ibu meluahkan rasa syukur atas inisiatif Yayasan Ikhlas membawa perkhidmatan Klinik Kesihatan Bergerak ini kepada lebih 100 penduduk kampung di Long Busang, Sarawak.

“Terima kasih kerana prihatin dan pedulikan kesihatan kami yang jauh terpencil di dalam hutan ini”

Klinik Kesihatan Bergerak ini memboleh penduduk kampung mendapatkan rawatan kesihatan tanpa perlu menempuh perjalanan 5 atau  6 jam jauh ke bandar terdekat untuk mendapatkan rawatan asas.

Kawasan terpencil seperti Long Busang sering menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan kesihatan kerana jarak dan keadaan geografinya. Long Busang terletak di daerah Miri, Sarawak.

Nama Long Busang memang wujud dalam carian Google Maps, namun, untuk ke sana, tiada penunjuk arah yang spesifik. Paling terdekat untuk memastikan seseorang tidak tersesat ialah berdasarkan petunjuk Sungai Balui dan Sungai Liang.

Bayangkan cabaran perjalanan  rombongan Yayasan Ikhlas bersama para sukarelawan perubatan menempuh satu perjalanan yang jauh demi meneruskan komitmen dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Tiada kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang tidak berturap dan pacuan empat roda (4WD) yang di naiki perlu melalui jalan yang  masih bertanah merah dan berlumpur, dikelilingi  hutan tropika yang tebal, dan kawasannya yang berbukit serta bertanah tinggi menjadikan kawasan ini sukar di akses.

Selain itu perlu menaiki bot menyelusuri sungai-sungai untuk masuk ke dalam kawasan kampung berkenaan.

Artikel berkaitan: Yayasan Ikhlas Bentang Projek Bantuan di Kedah, Sumbang RM2.5 Juta Sejak Empat Tahun Lalu

Program ini menyediakan pemeriksaan kesihatan, nasihat perubatan, dan perkhidmatan kesihatan lain kepada ibu bapa dan anak-anak di kampung tersebut.

Selain rawatan perubatan, klinik bergerak ini juga mendidik komuniti tentang amalan kesihatan yang baik, cara pencegahan penyakit, dan kebersihan peribadi.

Sokongan dan Sumbangan

Inisiatif ini disokong oleh Maybank Islamic yang turut menyumbang sumber dan kemudahan bagi menjayakan program terbabit.

Daripada pemeriksaan umum hingga nasihat perubatan khusus antaranya pesakit diabetes dan lain-lain, setiap penduduk kampung menerima layanan yang berkualiti dan penuh perhatian daripada sukarelawan perubatan yang turut serta.

Menyumbang dan Menjadi Sukarelawan

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan inisiatif Yayasan Ikhlas serta cara untuk menyumbang atau menjadi sukarelawan, sila kunjungi laman web kami atau ikuti kami di media sosial:

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]