Terbaru

Sinar pelangi buat 20 wanita asnaf di Kelantan

Sinar pelangi buat 20 wanita asnaf di Kelantan

Sinar pelangi buat 20 wanita asnaf di Kelantan

YAYASAN Ikhlas, sebuah pertubuhan NGO Peduli & Prihatin telah melaksanakan projek mikroekonomi dengan mengumpulkan 20 wanita asnaf dan ibu tunggal dengan kerjasama Masjid Ibrahimi, Mukim Wakaf Raja, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Projek yang bermula pada tahun 2019 sehingga hari ini mensasarkan peluang pekerjaan kepada wanita yang tiada sumber pendapatan atau mempunyai pendapatan yang sangat rendah. Setiap peserta mendapat bayaran gaji minimum RM 1,200.00 hasil dari produk yang dijahit.

Antara produk yang telah dijahit mereka ialah alat perlindungan diri (PPE) kegunaan petugas barisan hadapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, menjahit pakaian sekolah dari pengedar tempatan, tempahan baju raya, kain kaftan dari Mydin HQ, pakaian baju PASTI dan jersey sukan.

Para peserta ini telah dihantar ke Giatmara Selinsing untuk latihan selama 18 hari, berlatih menjahit tiga jenis pakaian iaitu baju sekolah, baju kurung dan seluar lelaki. Selain itu, lima orang dari peserta telah dibawa ke kilang industri pakaian di Damansara Damai selama 3 bulan bagi mendapatkan maklumat dan pendedahan akan konsep industri kain di Malaysia.

Puan Rohmaniah atau lebih mesra digelar Ummi, telah memberi harapan baru buat ibu tunggal di sini. Mereka bila kematian suami, mereka bergantung harap dengan bantuan peruntukkan JKM setiap bulan. Walaupun sebenarnya tidak cukup, mereka terpaksa berdepan dan memohon sumbangan lain dari masjid dan lain-lain.

Peserta Projek Pemerkasaan Wanita ketika Majlis Pemerkasaan Wanita di Kelantan baru-baru ini.

Tetapi bila adanya projek ini, mereka rasa satu rahmat turun kepada mereka. Rasa dibantu dengan bimbingan, diberinya ilmu kemahiran menjahit serta bantuan mendapatkan pelanggan bagi membantu mereka.

Puan Fatihan, adalah salah seorang Bahagian Pengurusan Projek Jahitan Mukim Wakaf Raja menyatakan usaha ini sangat baik. Sekarang ianya telah ditubuhkan jabatan pemasaran dan jualan supaya banyak lagi produk dapat kita hasilkan.

Yayasan Ikhlas komited melaksanakan agenda pembangunan komuniti melalui projek-projek mikroekonomi. Yayasan Ikhlas mengharapkan sumbangan dan penglibatan dari pelbagai pihak bagi kita sinergikan dan aplikasikan di tempat-tempat yang lain.

Dalam mendepani isu kemelesetan sumber makanan, Yayasan Ikhlas menyusun beberapa langkah di setiap cawangan bagi membantu masyarakat dan negara.

Untuk info lanjut mengenai Yayasan Ikhlas layari sedekahsini.com/kempen atau bagi anda yang ingin menyumbang bagi projek-projek yang lain boleh menyumbang terus ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 atau hubungi di talian 019-611 5954.

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]