Terbaru

Sedekah Jumaat: Pembuka Pintu Rezeki

Sedekah Jumaat: Pembuka Pintu Rezeki

Bandingkan, wang tunai RM10 di belanjakan di ‘shopping mall’ kecil nilainya, tetapi apabila  dibelanjakan untuk bersedekah besar gandaan dan nilainya. Itulah nikmatnya bersedekah, sekecil manapun jumlah kerana ikhlas tetap menjadi besar pelaburan saham di akhirat kelak. Artikel ini pula akan mengulas tentang sedekah jumaat.

Sedekah adalah suatu pemberian tanpa mengharap balasan. Sedekah lazimnya terlihat  diberi dalam bentuk duit , seperti memberi belanja makan asnaf  atau membantu dalam kos perubatan seorang yang sedang sakit.

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya banyak pahala. Selain amalan sunat seperti memperbanyakkan selawat, memotong kuku serta memperbanyakkan doa turut digalakkan adalah amalan bersedekah.

1. Bersedekah Pada Hari Jumaat 

Seorang Ulama’ terkemuka ada menukilkan, Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan dalam Islam. Oleh itu, betapa besar pahala yang diberikan kepada mereka yang bersedekah pada hari Jumaat. Di samping dapat membantu mereka yang memerlukan, melalui sedekah juga ia dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Rezeki Bertambah Melalui Sedekah

Percaya atau tidak, dengan bersedekah, rezeki yang diberi oleh Allah tidak berkurang malah bertambah. Sebagaimana Nabi SAW bersabda, 

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” 

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Sedekah atau berinfak turut memberi manfaat kepada pemberinya. Rezeki yang bertambah bukan sahaja dengan pendapatan, boleh jadi rezeki bertambah melalui kesihatan yang baik, urusan dipermudahkan dan hubungan bersama ahli keluarga juga semakin erat. 

Oleh itu, amalan sedekah sangat dituntut demi mendapat pahala berganda bahkan dijanjikan ganjaran melalui rezeki juga.

Artikel berkaitan: 7 Manfaat Sedekah Subuh Menurut Al-Quran dan Hadis

Penutup

Justeru itu, marilah bersama-sama kita meraih keberkatan dan meningkatkan amalan sebagai pelaburan akhirat dalam hidup kita. Bagaimana caranya? Sedekah Jumaat anda sekecil RM10 mampu mengubah nasib Adik Maryam yang kini menghidap  penyakit ganjil. Sedekah Jumaat anda di bantumaryam.com

You may interested in other post:

Pada 17-18 Mei 2025, telah berlangsungnya Family Day STI 2025 anjuran Wira Ikhlas, barisan sukarelawan aktif Yayasan Ikhlas, telah berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan nilai kebersamaan. Selama 2 hari… [more]

CDA Yayasan Ikhlas yang diwakili En Muhammad Mustafa bin Kamarudin, Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti bersama Lt.M(PA) Mohd Hanizam bin Azman, Eksekutif Unit Pengurusan Bencana, dan En Muhammad Azizul al-Hakim bin… [more]

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2025 – Sempena National Training Week 2025 anjuran HRD Corp, Yayasan Ikhlas Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan IMARET telah menganjurkan program… [more]

Maksud Hari Tasyrik Hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (raya kedua, ketiga dan keempat) iaitu pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam… [more]

Hari Raya Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga peluang menghidupkan sunnah dan memperkuat hubungan sesama manusia. Mari kita hayati 9 amalan sunat Hari Raya Aidiladha berikut: 1. Mandi… [more]

Solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad, sangat dituntut bagi umat Islam lelaki dan perempuan. Ia disyariatkan pada pagi 10 Zulhijjah sebagai pembuka kepada ibadah korban dan simbolik penghormatan kepada hari… [more]

Bantu Bina Tahfiz TVET Pertama di Semporna