Updates

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 Kejururawatan & 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝟱𝟬𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 Kejururawatan & 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝟱𝟬𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 Kejururawatan & 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝟱𝟬𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘀𝗹𝗶

KUALA MU, 25 Sept – Tiga hari dua malam bersama komuniti orang Asli Kampung Kuala Mu cukup untuk memberikan pengalaman yang luar biasa buat pelajar perubatan Kolej Antarabangsa Murni.

Lebih 500 orang penduduk orang asli telah berjaya disantuni dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti Karnival Kesihatan, Kelas Iqra Al-Husna, Forum Sembang Santai Dakwah Orang Asli, Ziarah Mahabbah, Sukaneka dan Rewang.

Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas Ipoh dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Murni dan Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Siput ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti orang asli di sini.

En Zakaria Bin Ahmad selaku Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Murni merangkap Ketua Rombongan berkata, “Program seumpama ini memberikan banyak pendedahan kepada para pelajar kursus Batch 35 tentang budaya, adat dan cara hidup
masyarakat orang asli di sini.

Tambahnya, majoriti peserta Kolej Antarabangsa Murni sangat teruja kerana ini kali pertama mereka melaksanakan tugasan Khidmat Masyarakat di luar Negeri Sembilan dan mereka sangat tertarik dengan keindahan Kampung Orang Asli Kuala Mu ini ditambah dengan masyarakatnya yang sangat mesra.

Tok Batin Hadu Bin Long berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas dan semua pelajar kerana memilih kampung kami ini untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat kampung. Kami sangat gembira dengan kehadiran tuan puan yang banyak membantu kami di sini.”

Seramai 12 orang Mahasiswa dan 3 org staff daripada Kolej Antarabangsa Murni telah menyertai Program Khidmat Masyarakat Komuniti Orang Asli di Perkampungan Orang Kuala Mu pada 23 hingga 25
September yang lepas.

Kolej Antarabangsa Murni terletak di Nilai, Negeri Sembilan dan telah memilih Yayasan Ikhlas sebagai rakan kerjasama untuk Kerja Kursus Khidmat Masyarakat bagi Batch 35 Diploma Kejururawatan.

Rakan Kemanusiaan Anda,
Yayasan Ikhlas

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]