Updates

Masjid Al-Istiqomah: Kejayaan Dermawan Infaq Tabung Masjid di Beaufort

Masjid Al-Istiqomah: Kejayaan Dermawan Infaq Tabung Masjid di Beaufort

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan ikhlas daripada para dermawan, Projek Tabung Masjid Yayasan Ikhlas telah berjaya membantu membina sebuah masjid baharu di pedalaman Beaufort, Sabah. Masjid yang diberi nama Masjid Al Istiqomah ini kini menjadi pusat ibadah bagi lebih 400 jemaah di kawasan tersebut.

Sebuah Masjid Impian yang Menjadi Kenyataan

Masjid Al Istiqomah siap sepenuhnya pada November 2024 dan mula digunakan sebagai pusat solat serta pelbagai aktiviti keagamaan bagi masyarakat setempat. Sebelum ini, penduduk hanya mempunyai sebuah surau kecil yang uzur dan tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Kini, dengan adanya masjid yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas, masyarakat dapat beribadah dengan lebih selesa dan khusyuk.

Pengerusi Pelaksana Pembinaan Masjid, Tn Hj Daut Hj Insun, menzahirkan rasa syukur dan gembira atas terbinanya masjid ini dengan sokongan daripada Yayasan Ikhlas. Beliau mengucapkan penghargaan khusus kepada para penyumbang yang telah membantu dalam menyediakan bahan binaan, kelengkapan masjid serta upah pekerja binaan.

“Gembira dan rasa syukur. Jika dahulu, kami solat di surau yang sudah uzur dan dhaif, tapi hari ini, kami dapat beribadah dalam sebuah masjid yang luas dan selesa.” -Tn Hj Daut Hj Insun.

Sumbangan RM 210,896.64 Pembinaan Masjid Al-Istiqomah

Projek Tabung Masjid Yayasan Ikhlas telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 210,896.64 bagi tujuan pembinaan Masjid Al Istiqomah. Dana ini digunakan untuk menyediakan bahan binaan, kelengkapan masjid, serta membayar upah pekerja binaan. Dengan sokongan daripada para dermawan, masjid ini kini berdiri megah sebagai lambang kesatuan dan keimanan masyarakat setempat.

Keberkatan dalam Berinfak

Projek Tabung Masjid Yayasan Ikhlas adalah salah satu inisiatif yang membuka peluang kepada umat Islam untuk melabur dalam saham akhirat melalui pembinaan rumah Allah. Setiap sumbangan yang disalurkan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir, insya-Allah.

Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi juga pusat pembangunan masyarakat dari segi ilmu, kebajikan, dan ukhuwah Islamiah. Dengan wujudnya Masjid Al Istiqomah, lebih banyak program keagamaan seperti kelas pengajian Al-Quran, kuliah ilmu, dan aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan untuk manfaat penduduk sekitar.

Peluang untuk Terus Berbakti

Yayasan Ikhlas mengajak orang ramai untuk terus menyumbang dan menyokong Projek Tabung Masjid, agar lebih banyak masjid dapat dibina di kawasan pedalaman yang masih kekurangan kemudahan ibadah. Setiap derma yang diberikan, walau sekecil mana pun, menjadi sebab bertambahnya amal kebaikan yang berpanjangan.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab mengalirnya pahala berterusan serta dikurniakan ganjaran di akhirat berupa mahligai indah di syurga. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Layari: https://sedekahsini.com/tabungmasjid/

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]