Article

Sedekah Ramadan – Gandakan Pahala Anda di Bulan Penuh

Sedekah Ramadan – Gandakan Pahala Anda di Bulan Penuh

Sedekah Ramadan atau Sedekah Ramadhan adalah antara amalan paling digalakkan dalam Islam. Ia bukan sahaja membersihkan harta, tetapi juga menyuburkan jiwa. Bulan Ramadan adalah bulan yang Allah lipatgandakan pahala, menjadikannya masa terbaik untuk bersedekah.

Kenapa Sedekah Ramadan Sangat Istimewa?

Amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah bersedekah.
Sedekah Ramadan sangat dianjurkan kerana hadis Nabi SAW “Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.”

Rasulullah SAW bersabda bahawa baginda adalah paling pemurah pada bulan Ramadan. Malah, satu sedekah kecil pada bulan ini boleh diganjarkan seperti bersedekah selama seribu bulan – khususnya jika dilakukan pada malam Lailatul Qadar.

Jenis-Jenis Sedekah Ramadhan yang Anda Boleh Lakukan:

  • Sedekah makanan berbuka puasa
  • Sumbangan kepada anak yatim dan asnaf
  • Wakaf pembinaan masjid atau sekolah
  • Tajaan pendidikan atau pengajian Quran

“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.” – HR. Tirmizi

🎁 Klik di sini untuk menyertai program Sedekah Ramadan Yayasan Ikhlas dan bantu mereka yang memerlukan.

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]