Article

Puasa 6 Syawal: Ganjaran Seperti Puasa Setahun

Puasa 6 Syawal: Ganjaran Seperti Puasa Setahun

Bulan Ramadan dah berlalu. Tapi pintu pahala belum tertutup. Datangnya Syawal, bukan hanya membawa 1 Syawal yang meriah, tapi juga 6 hari yang luar biasa ganjarannya iaitu puasa 6 Syawal.

Puasa 6 Syawal membawa ganjaran besar seperti puasa sepanjang tahun

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)

Kelebihan Puasa 6 Syawal:

✔️ Pahala sama dengan berpuasa setahun
✔️ Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan
✔️ Bukti syukur kita kepada Allah SWT
✔️ Puasa pada bulan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan
✔️ Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT

Antara kelebihan puasa 6 Syawal termasuklah menyempurnakan puasa Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

Bila Nak Mula?

👉 Bila-bila sahaja dalam bulan Syawal
👉 Boleh buat berselang hari
👉 Tak wajib berturut, tapi digalakkan

Ramai yang tahu kelebihan puasa 6 Syawal. Tapi ramai juga yang, Teringin nak buat.. tapi asyik tertangguh. Selalu plan, tapi tak jadi-jadi. So kali ni kita share tips mudah & praktikal untuk bantu anda mulakan puasa 6 Syawal tanpa stress, tanpa perlu berturut pun!

Tips Mudah Puasa 6 Syawal

Senarai tips ringkas seperti puasa Isnin & Khamis, ajak kawan dan tanda kalendar bagi mudahkan puasa 6 Syawal

1. Puasa Isnin & Khamis

Gabungkan niat puasa sunat Isnin & Khamis dengan puasa 6. Mudah sebab kita dah biasa, plus ada pahala berganda ikut sunnah Nabi SAW.

2. Guna Kaedah Berselang Hari

Tak semestinya kena berturut. Boleh buat selang 1 hari contohnya, puasa hari Isnin, cuti Selasa, sambung Rabu. Bila tak tertekan, lebih senang nak istiqamah.

3. Ajak Kawan atau Keluarga Join Sama

Bila ada geng puasa sama-sama, lagi seronok & mudah semangat nak konsisten. Boleh buat grup WhatsApp reminder, kongsi menu sahur simple & doa-doa pendek.

4. Buat Target & Tandakan Dalam Kalendar

Set target personal, contoh nak habiskan sebelum 27 Syawal. Tanda dekat kalendar setiap kali selesai satu hari puasa. Visual progress ni boleh boost semangat untuk konsisten!

5. Letak Sticky Notes di Tempat Yang Selalu Pergi

Letak sticky note dekat cermin bilik atau peti ais: “6 hari je, tapi pahala macam 365 hari.” Ini reminder paling berkesan untuk bagi motivasi harian.

Kadang-kadang, yang susah bukan puasa tu tapi nak mula. Lepas mula, biasanya kita akan rasa ringan & seronok. So kalau belum start, mulakan esok. Masih belum terlambat. Bulan Syawal masih ada.

Niat, semangat dan sedikit usaha cukup untuk rebut ganjaran besar ni.

You may interested in other post:

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]

Sumbangan masyarakat yang dikumpulkan akhirnya diterjemahkan kepada sesuatu yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan sebuah van jenazah kepada Surau Muhibbah Kajang, sekali gus menjadi… [more]

Semangat kesukarelawanan bukan hanya tentang menghulurkan sumbangan. Ada masanya, tenaga dan masa yang diberikan bersama-sama mampu membawa perubahan besar kepada sesebuah komuniti. Atas semangat itu, Yayasan Ikhlas bersama ON Semiconductor… [more]

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]