Article

Kelebihan Fidyah : Sedikit Dari Anda, Bermakna Buat Mereka

Kelebihan Fidyah : Sedikit Dari Anda, Bermakna Buat Mereka

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada individu Muslim yang tidak dapat melaksanakan ibadah puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu atau menangguhkan qada’ puasa tanpa alasan yang dibenarkan. Tujuan fidyah adalah untuk menebus kekurangan dalam ibadah puasa dan memastikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dipenuhi. (Sumber: Laman Sesawang Mufti)

Kenapa Fidyah Penting?

Fidyah ni sebenarnya lebih daripada sekadar “bayaran denda” kerana tak puasa. Ia ada banyak manfaat, bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk masyarakat. Jom kita tengok kenapa fidyah ni penting:

1. Tanggungjawab Terhadap Allah SWT

Sebagai manusia, kita pasti ada melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita tak dapat nak buat semua ibadah dengan lengkap. Fidyah ni macam cara nak “cover” balik kekurangan tu. Bayangkan macam kau hutang janji dengan kawan baik – fidyah ni ibarat bayar balik apa yang kita tak dapat tunaikan kali ini kepada Allah swt.

2. Hati Rasa Tenang

Bila kita bayar fidyah, hati rasa lebih ringan. Tak adalah asyik rasa bersalah sebab masih ada “hutang puasa” yang belum selesai. Kalau dah tahu ada cara nak selesaikan, kenapa nak biarkan hati rasa serba salah, kan?

3. Membantu Orang yang Memerlukan

Fidyah yang kita bayar akan disalurkan kepada golongan fakir miskin. Jadi, secara tak langsung, kita buat kebaikan untuk orang lain. Ibarat “dua dalam satu” – selesaikan tanggungjawab sendiri sambil tolong orang lain yang memerlukan.

4. Erti Solidariti

Bila kita hulurkan fidyah kepada golongan yang memerlukan, ia mengingatkan kita tentang kesusahan orang lain. Ini boleh mendidik kita supaya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa prihatin terhadap masyarakat.

5. Tempah Tiket ke Syurga (InsyaAllah!)

Setiap amal kebaikan, walaupun kecil, ada ganjarannya. Bila kita bayar fidyah dengan niat ikhlas, Allah pandang usaha kita. Siapa tahu, mungkin amalan kecil ni jadi salah satu sebab kita diterima ke syurga kelak. Amin


Pendek kata, fidyah bukan sekadar memenuhi kewajipan agama, tapi ia juga peluang untuk kita buat baik dan membantu orang lain. Jadi, kalau ada hutang puasa, jangan tangguh-tangguh. Selesaikan fidyah, insyaAllah hidup rasa lebih berkat dan tenang! 🌸

Layari fidyahonline.com untuk selesaikan urusan yang tertangguh ini.

You may interested in other post:

Bulan Ramadan dah berlalu. Tapi pintu pahala belum tertutup. Datangnya Syawal, bukan hanya membawa 1 Syawal yang meriah, tapi juga 6 hari yang luar biasa ganjarannya iaitu puasa 6 Syawal…. [more]

Batu Pahat, 13 April 2025 – Dalam suasana Syawal yang biasanya diwarnai dengan kemeriahan dan kasih sayang keluarga, seramai 163 mangsa banjir daripada 52 keluarga masih berteduh di Pusat Pemindahan… [more]

8 April, Yayasan Ikhlas bantu mangsa kebakaran di Putra Heights dalam misi kemanusiaan yang bukan sahaja menyampaikan bantuan fizikal, malah menyentuh emosi dan psikologi mangsa, khususnya kanak-kanak. Insiden kebakaran yang… [more]

Lawas, Sarawak – Yayasan Ikhlas terus melangkah ke hadapan dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Kerangan, Lawas, Sarawak. Projek… [more]

SEMPORNA, SABAH – Walaupun Ramadan telah melabuhkan tirainya, impaknya masih terasa buat lebih 700 keluarga di Sabah. Program Ramadan Relief Serantau 2025, hasil kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Maybank Islamic,… [more]

Bantu Bina Tahviz TVET Pertama di Semporna