Terbaru

Yayasan Ikhlas Jalinkan Perbincangan Strategik Bersama Borenos Fried Chicken

Yayasan Ikhlas Jalinkan Perbincangan Strategik Bersama Borenos Fried Chicken

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours.

Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera halal yang diasaskan oleh anak jati Sabah dari Tamparuli dan telah beroperasi selama lebih 11 tahun. Selain mengembangkan perniagaan ke seluruh negara, Borenos turut aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dalam pelaksanaan Program Sumbangan Makanan (Camil), di mana Borenos menyatakan kesediaan untuk menaja sekitar 1,000 hingga 2,000 unit makanan bagi program kebajikan. Yayasan Ikhlas pula akan membantu mengenal pasti penerima manfaat serta menyelaras pelaksanaan program bersama rakan strategik komuniti.

Turut dibincangkan ialah cadangan kerjasama bersama masjid dan surau di sekitar Bandar Baru Bangi bagi memastikan agihan bantuan dapat dilaksanakan secara tersusun dan memberi impak yang lebih meluas kepada golongan yang memerlukan.

Sebagai permulaan, kedua-dua pihak turut merancang pelaksanaan program sempena Pelancaran Borenos Bangi pada 11 Ogos 2026, dengan Yayasan Ikhlas membantu dari aspek promosi program, penyelarasan penerima manfaat dan penglibatan komuniti setempat.

Semoga usaha sama ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat, mengukuhkan semangat kerjasama antara sektor korporat dan NGO, serta menyemarakkan budaya saling membantu.

Terima kasih kepada pihak Borenos Fried Chicken atas kesudian berkongsi aspirasi dan komitmen dalam menjayakan agenda kebajikan bersama.

#YayasanIkhlas #BorenosFriedChicken #CSR #KolaborasiStrategik #Kebajikan #Komuniti #BandarBaruBangi #MalaysiaPrihatin

You may interested in other post:

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]

Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam (Penghulu Segala Hari) yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan dalam Islam. Salah satu amalan yang sangat dituntut. Walau bagaimanapun, kekangan masa, kesibukan bekerja, atau ketiadaan… [more]