Artikel

TVET: Peluang Kedua Untuk Anak Asnaf Di Pedalaman

TVET: Peluang Kedua Untuk Anak Asnaf Di Pedalaman
Anak-anak di pedalaman Sabah sedang belajar dalam suasana serba kekurangan
Ramai anak-anak asnaf di pedalaman memerlukan peluang pendidikan TVET untuk ubah masa depan mereka

Di pedalaman Sabah, khususnya kawasan seperti Semporna, ramai anak-anak yang hidup dalam serba kekurangan.

Ada yang kehilangan dokumen penting, malah ramai juga dari keluarga asnaf. TVET hadir sebagai peluang kedua. Peluang untuk mereka mengubah hidup, membina masa depan walaupun bermula dari sifar.

TVET: Laluan Alternatif Yang Boleh Ubah Nasib

TVET atau Technical and Vocational Education and Training, memberi fokus kepada latihan kemahiran praktikal, bukan hanya teori.

pelajar Al-Huda yang akam melanjutkan pelajaran ke Tahfiz TVET
Ramai anak-anak asnaf di pedalaman memerlukan peluang pendidikan TVET untuk ubah masa depan mereka

Sangat sesuai untuk anak-anak asnaf yang suka buat kerja hands-on dan perlukan peluang pekerjaan walau tanpa dokumen rasmi. Antara bidang yang sesuai & terbuka luas untuk mereka:

✔️ Pertanian moden
✔️ Industri pelancongan tempatan
✔️ Pembinaan & kontraktor am
✔️ Perkhidmatan freelance (elektrik, paip, tukang rumah)
✔️ Usahawan kecil dalam bidang servis & makanan

Baca artikel penuh: Tahfiz Tak Semestinya Jadi Imam

Hafiz Yang Bekerja, Hafiz Yang Berbakti

Bila kita dengar “hafiz”, kita selalu terbayang masjid. Tapi zaman sudah berubah. Hari ini, seorang hafiz juga boleh menjadi:

  • Tukang rumah yang bawa barakah
  • Pemandu pelancong beradab & berilmu
  • Penjual makanan halal yang jujur
  • Pembantu komuniti yang dihormati

Gabungan ilmu agama + kemahiran hidup menjadikan mereka bukan saja bertahan tetapi juga menyumbang kepada komuniti mereka sendiri.

Baca artikel penuh: Tahfiz TVET: Gandingan Al-Quran dan kemahiran

Pedalaman Bukan Halangan, Tapi Titik Permulaan

mereka mampu mengubah masa depan keluarga mereka
Pelajar Al-Huda yang ingin mengubah nasib keluarga mereka

Tanpa kad pengenalan diri mungkin sukar untuk mereka sertai sektor formal. Tetapi dengan bimbingan dan latihan TVET, mereka masih boleh:

  • Bina pelanggan tetap melalui komuniti
  • Jalankan servis di kampung sekitar
  • Sertai koperasi atau NGO untuk projek-projek berdikari
  • Jana pendapatan halal dan stabil

Inilah bukti bahawa tanpa dokumen bukan satu penghalang. Dengan kemahiran dan akhlak, masa depan yang cerah bukan lagi sekadar harapan tetapi satu kemungkinan yang nyata buat mereka.

Komuniti & NGO: Tangan Yang Membuka Jalan

Tanpa sokongan masyarakat sekeliling, anak-anak ini akan terus terpinggir. Program TVET ini adalah usaha kolektif antara ibu bapa, NGO, institusi tahfiz dan penyumbang.

📌 Bila kita buka peluang, mereka akan buka jalan.
📌 Bila kita percaya, mereka akan buktikan

Setiap anak layak untuk berjaya – bukan kerana dokumen, tapi kerana potensi dan akhlak mereka. Dengan TVET, anak-anak tahfiz di pedalaman diberi peluang kedua untuk menulis semula masa depan mereka.

📌 Hafiz yang juga tukang rumah
📌 Hafiz yang pandai bercucuk tanam
📌 Hafiz yang buka bengkel kecil sendiri

Inilah masa depan baru yang kita impikan.

Hafiz yang berdikari, berkhidmat dan membina ummah.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]