Artikel

Tahfiz TVET Pertama Di Semporna: Harapan Baharu Anak-Anak Terpinggir

Tahfiz TVET Pertama Di Semporna: Harapan Baharu Anak-Anak Terpinggir
Rekaan bangunan sekolah tahfiz TVET pertama di Semporna, Sabah
Inilah reka bentuk Tahfiz TVET pertama di Semporna yang bakal menjadi harapan baru untuk anak-anak asnaf

Buat pertama kalinya, sebuah sekolah tahfiz berkonsepkan TVET akan dibina di Semporna, Sabah. Ini bukan sekadar sekolah tetapi harapan baru buat anak-anak yang sebelum ini tercicir dari sistem pendidikan arus perdana.

Siapa Mereka Yang Diberi Peluang?

✅ Anak-anak asnaf yang hidup dalam serba kekurangan
✅ Anak di pedalaman yang tidak memiliki kad pengenalan diri (OTD)
✅ Pelajar yang punya semangat, tapi terhenti sebab tiada akses pendidikan lanjut

Mereka bukan tak cerdik. Mereka cuma belum dapat peluang. Dan sekolah tahfiz TVET pertama di Semporna ini bakal ubah segalanya.

Apa Itu TVET & Kenapa Sesuai Untuk Mereka?

TVET (Technical and Vocational Education and Training) ialah sistem pendidikan berasaskan kemahiran.

Ia sangat sesuai untuk anak-anak ini sebab:
✔️ Tak bergantung pada keputusan akademik semata-mata
✔️ Fokus pada kemahiran praktikal & hidup berdikari
✔️ Banyak laluan kerjaya terbuka walau tanpa IC
✔️ Mampu jana pendapatan halal melalui kerja freelance, pertanian moden, servis tempatan dan lain-lain

Baca artikel penuh: Tahfiz Tak Semestinya Jadi Imam

tinjauan tapak pembinaan Tahfiz TVET di Semporna
Pengurus Besar, Pengurus Projek Yayasan Ikhlas bersama pewakaf tanah meninjau tapak bakal pembinaan Tahfiz TVET pertama di Semporna

Hafal Al-Quran & Mahir Kemahiran, Kombinasi Yang Dipandang Tinggi

Sekolah ini bukan hanya lahirkan hafiz, tetapi hafiz yang ada kemahiran.

  • Hafiz yang boleh membaiki paip
  • Hafiz yang boleh menghasilkan produk makanan halal
  • Hafiz yang boleh membuat servis elektrik di rumah jiran

Ilmu akhirat disulam dengan ilmu dunia. Inilah definisi generasi ulul albab moden.

Baca artikel penuh: Tahfiz TVET: Gandingan Al-Quran dan kemahiran

Semporna Menjadi Titik Permulaan

Bukan mudah nak bina sekolah sebegini. Tetapi dengan sokongan anda, usaha ini boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.

📌 Sekolah ini akan jadi pusat pendidikan, kemahiran dan nilai murni.
📌 Sekolah ini akan jadi tempat anak-anak Semporna bina semula harapan.

Mereka mungkin terpinggir di mata sistem, tetapi besar nilainya di sisi Allah dan masyarakat.

Anak-anak ini tak perlukan simpati, mereka cuma perlukan peluang. Dan Sekolah Tahfiz TVET pertama di Semporna ini bakal menjadi titik perubahan untuk anak asnaf yang dulunya hanya “menunggu nasib”.

Kini mereka boleh menulis semula cerita hidup mereka dengan ilmu, kemahiran dan akhlak.Bantu kami realisasikan sekolah ini. Bantu kami lahirkan generasi tahfiz berkemahiran dari pedalaman.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]