Artikel

Tahfiz Tak Semestinya Jadi Imam

Tahfiz Tak Semestinya Jadi Imam
pelajar tahfiz sedang belajar di dalam kelas
Kerjaya pelajar tahfiz tidak semestinya menjadi imam sahaja

Ramai ibu bapa masih ada tanggapan bahawa bila anak masuk tahfiz, hala tuju mereka hanyalah jadi imam, ustaz atau guru agama.

Tapi zaman dah berubah. Hari ini, dengan adanya pendidikan TVET (Technical and Vocational Education and Training) yang mesra pelajar tahfiz, anak-anak ini berpeluang membina kerjaya profesional dalam bidang teknikal, teknologi dan kemahiran tinggi

Apa Itu TVET & Kenapa Ia Sesuai Untuk Anak Tahfiz?

Pelajar tahfiz dalam program TVET sedang belajar kemahiran teknikal
TVET bantu pelajar tahfiz kuasai kemahiran teknikal dan bina masa depan lebih luas

TVET ialah pendidikan berasaskan kemahiran. Pelajar bukan sahaja belajar teori, tetapi mereka juga akan mempraktikkan apa yang mereka pelajari.

Bayangkan seorang pelajar tahfiz yang juga mahir dalam bidang elektrikal, automotif, kulinari atau kejuruteraan. Ini adalah gabungan ilmu dunia & akhirat yang sangat hebat!

nilah alternatif kerjaya anak tahfiz yang selama ini ramai tak tahu.

Apa Manfaat Utama Laluan TVET Untuk Pelajar Tahfiz?

✔️ Buka peluang kerjaya dalam industri berkemahiran tinggi
✔️ Pelajar jadi lebih berdikari & yakin diri
✔️ Dapat pendapatan stabil & kemahiran praktikal
✔️ Potensi sambung pengajian ke tahap lebih tinggi
✔️ Sesuai untuk pelajar yang minat hands-on learning

“Imam Profesional” – Konsep Baharu Dalam Masyarakat?

pelajar asnaf juga mampu berjaya dalam bidang kemahiran
Pelajar Al-Huda Kg Pekan 2, Semporna, Sabah antara pelajar yang akan belajar di Tahfiz TVET Yayasan Ikhlas

Dengan laluan TVET, pelajar tahfiz bukan hanya sekadar boleh jadi imam. Mereka juga boleh:

  • Menjadi juruteknik yang hafal Al-Quran
  • Menjadi chef halal profesional
  • Menjadi pereka grafik atau jurutera Islamik
  • Usahawan muda yang beretika tinggi

Dunia moden perlukan orang yang mahir duniawi & mantap ukhrawi.

Peranan Ibu Bapa: Tukar Harapan Jadi Tindakan

Kalau dulu impian kita agar anak “jadi hafiz”, sekarang kita boleh tambah satu lagi doa:

“Jadi Hafiz yang Profesional dan berjaya dunia akhirat.”

Dengan TVET, anak tahfiz bukan hanya bawa nilai Islam dalam diri tetapi juga mampu menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat dengan ilmu kemahiran.

Sokongan ibu bapa sangat penting untuk bantu anak-anak membina masa depan yang lebih seimbang dan berjaya.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]