Terbaru

Surau Apartment Sumbang Untuk Dana Karpet Masjid

Surau Apartment Sumbang Untuk Dana Karpet Masjid

Surau Apartment Sumbang Untuk Dana Karpet Masjid

Yayasan Ikhlas dijemput untuk menerima sumbangan yang telah dikumpulkan oleh Surau Al Khairiyah, Blok C, Apartment Taman Medan Jaya selama 3 hari di kawasan apartment, sebanyak 420 buah rumah (pintu).

 

Setibanya disana, kelihatan tabung kecil diletakkan di depan 2 lif yang menampung penduduk 15 tingkat seramai lebih kurang 2000 orang. Walaupun telah tutup tabung sumbangan, tetap ada juga orang bertanya untuk memberi sumbangan lagi.

Kata Pengerusi Surau, En Azzam, ramai orang ingin menyumbang bila masuk bulan Rejab, disebabkan mereka tahu gandaan pahala dalam bulan ini berbanding bulan biasa.

 

Yayasan Ikhlas menerima sumbangan dalam betun cek dan wang tunai sebanyak RM 3,800. Kalau dibahagikan dengan 420 buah rumah di blok C ini sahaja, setiap rumah telah menyumbang RM 9.

 

Subhanallah, satu inisiatif yang sangat baik dan wajar dicontohi oleh surau dan masjid-masjid.

 

Kami juga turut menyerahkan menyerahkan 10 set kain kafan kepada Masjid Jumhuriyyah, Taman Dato Harun bagi kegunaan pengurusan jenazah bagi kawan berikut.

 

Kebetulan salah seorang ahli majlis perbandaran turut hadir dan memberitahu bahawa kawasan blok ini panas dan terkenal waktu PKP sebab lebih 150 buah rumah (pintu) positif serentak. Kes kematian satu hari lebih 5 jenazah. Orang yang sedang menguruskan jenazah dan sedang melakukan talkin di kubur sering mendapat panggilan makluman kes positif covid.

 

Moga lepas ini mereka menjadi terkenal diatas kesungguhan mereka dalam mengumpul sumbangan ini.

You may interested in other post:

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]

Taiping, 24 Oktober 2025 — Yayasan Ikhlas melalui cawangan Ipoh telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di sekitar Taiping susulan kejadian banjir yang melanda negeri Perak sejak beberapa hari… [more]

Perbadanan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan sumbangan dua buah bot menyelamat kepada Yayasan Ikhlas dalam satu majlis perasmian yang berlangsung di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat… [more]

Pihak Yayasan Ikhlas dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa pemasangan ceiling bilik kelas dan guru serta 8 unit kipas angin di Sekolah Alternatif PPKK, Pulau Jamipras, Sandakan telah selesai… [more]

Kalkulator Fidyah Kalkulator fidyah ini akan bantu anda untuk menghitung jumlah kadar bayaran fidyah anda. *Mula dari tahun yang tidak boleh diganti sahaja. Dalam konteks puasa khususnya pada bulan Ramadan… [more]