Terbaru

Sekolah agama rakyat perlu dana pembinaan tambahan

Sekolah agama rakyat perlu dana pembinaan tambahan

Sekolah agama rakyat perlu dana pembinaan tambahan

PUSAT Pendidikan Islam Al-Huda adalah sebuah pusat untuk anak-anak asnaf di Sabah menerima pendidikan asas agama Islam dan belajar mengaji Al-Quran. Selain menyediakan pusat pendidikan, pemberian bantuan asas makanan untuk semua anak-anak asnaf di bawah Pusat Pendidikan Islam Al-Huda juga turut diberikan.

Pada tahun 2021 di peringkat permulaan penubuhan, Yayasan Ikhlas merencanakan untuk membuka Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIH) di Pekan 2 kemudian di Kuala Bibang, Semporna, Sabah, tanpa disangka sambutan begitu memberangsangkan apabila bilangan pelajar melebihi daripada kapasiti yang telah dibincangkan.

Ramai ibu bapa telah mendaftar anak mereka untuk memasuki sesi pembelajaran di sekolah ini. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah iaitu Tuan Haji Samin Ongki dan SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Kira-kira dalam tempoh setahun PPIH di Pekan 2 dibina, jumlah pelajar seramai 596 orang termasuk pelajar dari PPIH Kuala Bibang. Pelajar-pelajar dalam kalangan anak-anak asnaf penduduk setempat, mereka kini sedang menerima asas pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain serta membaca, menulis dan mengira (3M).

Para Pelajar Sekolah Agama Rakyat Al Huda

“Kami hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada semua tenaga pengajar Al-Huda. Terima kasih kepada semua guru atas khidmat dan bakti terhadap anak-anak ini. Kalian sangat dekat di hati,” kata Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas ketika sesi lawatan beliau baru-baru ini.

Perkembangan terkini, Yayasan Ikhlas sedang membina dua buah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kg. Kilugus dan Kg. Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah. SAR Kg. Kilugus yang sedang dibina di Kuala Penyu dan juga SAR Kg. Sangkabok kedua-duanya dijangka siap pada tahun hadapan.

Semoga projek pembinaan sekolah ini dipermudahkan Allah dan diharapkan agar anak-anak yang tidak berkemampuan ini berpeluang untuk mengubah masa hadapan mereka dan generasi pewaris pada masa depan.

Bersama kita bangunkan projek ini.

Bagi yang ingin menyumbang sila layari https://sekolahagama.com atau terus menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228.

You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]