Artikel

RANDEX 2024: Yayasan Ikhlas Perkukuh Usaha Pengurusan Bencana

RANDEX 2024: Yayasan Ikhlas Perkukuh Usaha Pengurusan Bencana

Baru-baru ini, Yayasan Ikhlas berpeluang menyertai Rakan Nadma Disaster Emergency Simulation Exercise atau lebih dikenali sebagai RANDEX 2024 – sebuah program latihan yang bertujuan meningkatkan keupayaan dalam menghadapi situasi bencana.

RANDEX telah dibangunkan oleh RED A Humanitarian Development Global bersama Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), dan dibiayai oleh Yayasan TM. Kali ini RANDEX 2024i berjaya menghimpunkan 36 NGO dari Rakan NADMA serta 60 peserta dan 80 pakar dalam pelbagai bidang pengurusan bencana. 8 agensi kerajaan dan institusi akademik turut terlibat.

Dengan slogan Urus Bencana, Selamat Nyawa, latihan yang mencabar dengan situasi sebenar telah dilalui oleh setiap peserta. Fokus program ini adalah pada kemampuan peserta untuk berkoordinasi dengan pelbagai pihak pada setiap peringkat dan membuat keputusan yang berkesan supaya bantuan yang disalurkan memberi impak tinggi.

Kali ini, Yayasan Ikhlas telah dijemput oleh RED A Humanitarian Development Global untuk terlibat dalam RANDEX. Yayasan Ikhlas diwakili oleh seorang fasilitator, Leftenan Muda (PA) Hanizam Azman, bersama dua peserta, Leftenan Muda (PA) Syahrul Iezam dan Encik Hassriq Hafize, pada 27 hingga 30 Oktober 2024.

Selain menguji serta mengukuhkan koordinasi, komunikasi, dan strategi tindak balas ketika berhadapan situasi kecemasan, para peserta turut merasai sendiri pengalaman menghadapi pelbagai jenis bencana – dari bencana alam seperti gempa bumi dan banjir, hinggalah insiden buatan manusia seperti tumpahan bahan kimia berbahaya dan ancaman luar jangka.

Penglibatan Yayasan Ikhlas dalam RANDEX 2024 telah membawa nilai tambah baharu dalam memperkasa misi bantuan bencana melalui Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT). Ini sebuah pasukan khas terlatih di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Yayasan Ikhlas terus komited memainkan peranan penting dalam membina ketahanan serta kesiapsiagaan dalam komuniti, terutamanya dalam menghadapi risiko banjir.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai RANDEX 2024. Selamat maju jaya!


You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]