Terbaru

Projek Air Bersih Kampung Sabal Jaya: Gotong-Royong Yang Membangunkan Harapan

Projek Air Bersih Kampung Sabal Jaya: Gotong-Royong Yang Membangunkan Harapan

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah yang berlaku di Kampung Sabal Jaya, Simunjan, Sarawak.

projek sistem air bersih di Kg Sabal Jaya, Sarawak. Sumbangan dari PNB
En Mohd Amin bin Mohd Salihi, Eksekutif Pengurusan Projek Yayasan Ikhlas sedang menerangkan bagaimana sistem pembangunan sistem air bersih berfungsi kepada Dr Ahmad Basri bin Ibrahim, Ketua Jabatan Shariah PNB

Dari Bukit Terus ke Rumah: Harapan Baru

Projek pembangunan sistem air bersih ini dimulakan pada Ogos 2025 dan siap sepenuhnya menjelang Disember 2025, dalam masa 5 bulan sahaja.

Air dari sumber bukit ditapis melalui beberapa peringkat filtration sebelum diagihkan terus ke:

✅ 22 buah rumah
✅ 1 buah masjid

Sekitar 90 orang penduduk kini dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih stabil dan selamat.

Gotong-Royong: Resipi Rasa Sayang

Apa yang menjadikan projek ini lebih bermakna? Penduduk kampung turut turun padang.

  • Mereka gali tanah untuk paip
  • Buat trenching
  • Uji keberkesanan aliran air

Bila kontraktor buat penapisan dan penduduk siapkan agihan, maka terbentuklah sense of belonging. Mereka bukan hanya menerima, tetapi turut membina.

Hasil Yang Akan Dijaga

Bila sesuatu dibina bersama, ia akan dijaga bersama. Itulah yang kami percaya di Yayasan Ikhlas, pembangunan fizikal yang berpaksikan kekuatan komuniti.

Kami percaya, “Bila dibuat secara gotong-royong, rasa sayang akan lebih.”

projek sistem air bersih di Kg Sabal Jaya, Sarawak. Sumbangan dari PNB
Penyerahan Sijil Projek Pembangunan Sistem Air Bersih oleh Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, Ketua Jabatan Shariah PNB kepada Jawatankuasa Pengurusan Air Kg Sabal Jaya

Terima kasih kepada penyumbang. Projek ini direalisasikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sokongan para penyumbang budiman. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Ahmad Basri bin Ibrahim, Ketua Jabatan Shariah PNB bersama delegasi Yayasan Ikhlas yang diketuai oleh Ir. Hj Kamaruddin bin Kassim, Pengarah Bahagian Korporat pada 10 Disember 2025.

Kepada semua yang menyumbang, anda adalah asbab mereka hari ini tidak lagi bergantung kepada air hujan atau sumber air yang tercemar.

Projek Yang Tinggalkan Kesan

Setiap titisan air bersih ini ada cerita usaha dan kasih yang mengalir bersamanya. Semoga usaha kecil ini menjadi besar nilainya di sisi Allah SWT. Dan semoga projek seperti ini dapat diteruskan ke kampung lain yang memerlukan.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]