Terbaru

Penyerahan Karpet Di Masjid Bukit Lada, Pahang

Penyerahan Karpet Di Masjid Bukit Lada, Pahang

Penyerahan Karpet Di Masjid Bukit Lada, Pahang

Telah berlangsung penyerahan karpet pasca banjir di Masjid Bukit Lada, Temerloh Pahang.

Penyerahan karpet ini turut dihadiri oleh beberapa orang jawatankuasa masjid dan juga Pengarah Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas, Ir.Haji Kamaruddin Kassim.

Banjir besar disember yang lalu ini melumpuhkan fizikal masjid itu hingga ke paras bumbung dan menyebabkan kerosakan yang teruk

Keadaan geografi masjid yang terletak berhampiran dengan kawasan paya dan sungai menjadikan masjid tersebut akan mudah dinaiki air dan sering berlaku banjir

Masjid yang aktif dengan kelas mengaji dan kuliah agama itu juga terkesan apabila banjir teruk melanda dan tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa

Dengan kemurahan hati penyumbang, Yayasan Ikhlas segera hadir menyerahkan karpet bagi mempercepatkan pemasangan karpet keatas Masjid Bukit Lada ini.

Ciri yang ada pada karpet iaitu mudah digulung ini juga dapat membantu pihak masjid sekiranya berlaku banjir pada masa akan datang, ianya mudah untuk dialihkan dan selamat daripada kerosakan

Pengerusi Masjid Bukit Lada, Haji Hassan Shaari juga mengucapkan jutaan terima kasih para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi pemasangan karpet di masjid mereka.

Semoga dengan sumbangan karpet ini dapat memudahkan ibadah dan aktiviti keagamaan penduduk setempat. Seterusnya memudahkan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan dijalankan disitu.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]