Artikel

Pemurahnya Nabi Muhammad SAW: Contoh Sempurna Dalam Memberi

Pemurahnya Nabi Muhammad SAW: Contoh Sempurna Dalam Memberi

Sifat pemurah bukan sekadar memberi harta, tetapi memberi kasih sayang, tenaga, perhatian dan pengorbanan.

Poster tentang sifat pemurah Nabi Muhammad SAW sebagai model teladan sepanjang zaman oleh Yayasan Ikhlas
Pemurahnya Nabi Muhammad SAW: Contoh Sempurna Dalam Memberi

Nabi Muhammad SAW adalah manusia paling pemurah, bukan hanya kepada kaum Muslimin tetapi kepada sesiapa saja yang bertemu dengannya.

Kita diajar untuk mencontohi akhlak Baginda termasuklah dalam aspek memberi, membantu dan berkongsi rezeki.

1. Rasulullah SAW Tidak Pernah Berkata “Tidak”

Nabi s.a.w seorang yang pemurah. Tidak pernah berkata ‘tidak’ apabila diminta sesuatu haknya. Baginda bersabda:

لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا لَسَرَّنِي أَنْ لَا تَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثُ لَيَالٍ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْئًا أَرْصُدُهُ لِدَيْنٍ

“Sekiranya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, maka aku tidak suka jika ia masih berada disisiku selama tiga hari, dan sekiranya aku memiliki sedikit sahaja dari itu, nescaya aku telah membayarkan untuk hutang.”
– Riwayat al-Bukhari (5964)

Sifat pemurah Baginda datang dari kepercayaan penuh terhadap rezeki Allah SWT.

2. Lebih Pemurah di Bulan Ramadan

Daripada Ibn ‘Abbas r.a, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah. Kemuncak sifat pemurahnya di bulan Ramadan, ketika Jibril bertemu dengan Baginda SAW. Adapun Jibril AS menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan dan saling bertadarus Al-Quran dengan Baginda. Sungguh Rasulullah SAW sangat pemurah dalam hal kebaikan daripada angin yang bertiup kencang.”
– Riwayat al-Bukhari (6), (1902), (3220), (3554) dan (4997)

Al-Qastalani berkata: Hadis ini turut menjadi dalil betapa pemurahnya Nabi SAW dan betapa rajinnya Nabi SAW bersedekah pada bulan Ramadan. Dinyatakan dalam hadis, yakni Rasulullah SAW menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin adalah kerana Baginda sangat cepat dan ringan dalam memberi. Ia juga sebagai isyarat kepada berterusannya rahmat dan umumnya manfaat disebabkan oleh sifat pemurahnya Nabi SAW.

3. Memberi Kepada Semua Tanpa Mengira Agama

Terdapat sebuah kisah yang sahih di antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa yahudi mengenai kebaikan yang dilakukan Baginda kepada orang bukan Islam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ

Terdapat seorang budak yahudi yang membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: “Masuklah kamu ke dalam Islam”. Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: “Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)”. Maka budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya) sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api neraka”.
– Riwayat al-Bukhari (1356)

4. Bersedekah Semua Hartanya Sebelum Wafat

Dikatakan bahawa Rasulullah SAW sehari sebelum wafat iaitu pada bulan Rabiul Awal tahun kesebelas Hijrah, telah memerdekakan semua hamba sahaya miliknya dan bersedekah 7 dinar yang ada dalam simpanannya. Begitu juga Baginda SAW memberikan senjata-senjata miliknya kepada orang-orang Islam. Ini bermakna, Rasulullah SAW menemui Ilahi dalam keadaan tidak ada harta, bahkan harta miliknya diinfakkan fi sabilillah.

Cukuplah gesaan seorang Badwi atau sahabat yang diberikan kepadanya oleh Rasulullah SAW selembah kambing. Lantas, beliau berkata:

 يَا قَوْمِ أَسْلِمُوا، فَإِنَّ مُحَمَّدًا يُعْطِي عَطَاءً مَنْ لا يَخْشَى الْفَاقَةَ

“Hai kaum, masuk Islamlah kamu semua kerana sesungguhnya Muhammad memberi tanpa merasa takut akan kemiskinan.”
– Riwayat Muslim (2312) dan Ibn Hibban (6374)

Maka, benarlah firman Allah SWT:

(21) لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
– Surah al-Ahzab: 21

Sifat pemurah bukanlah satu kelemahan, malah ia adalah lambang jiwa yang besar dan penuh tawakal kepada Allah SWT.

Pemurahnya Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa dalam memberi, kita tidak akan rugi. Apabila kita lebihkan dalam memberi, Allah gantikan sama ada dalam bentuk material, ketenangan atau keberkatan hidup.

You may interested in other post:

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]

Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Namun, bagaimana cara sebenar untuk memburu Lailatul Qadr? Artikel ini mengupas amalan penting melalui pendekatan uzlah, tazkiyah dan tafakkur. Malam… [more]

Apabila Ramadan menghampiri penghujungnya, umat Islam memasuki fasa yang paling istimewa dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu 10 malam terakhir Ramadan. Inilah waktu di mana Rasulullah SAW meningkatkan ibadah… [more]