Artikel

Mangsa Banjir: Life Jacket Untuk Anak atau Diri Sendiri?

Mangsa Banjir: Life Jacket Untuk Anak atau Diri Sendiri?

Apabila berlaku kecemasan seperti banjir, kebanyakan ibu bapa akan berfikir, “Anak aku mesti selamat dahulu.” Namun begitu, menurut Kapten (PA) Ruslan Lok, Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP38 perkara paling penting adalah menyelamatkan diri kita sendiri dahulu sebelum orang lain. Ini kerana, jika kita sendiri tidak selamat, kita tidak dapat membantu orang lain.

Terdapat tiga jenis bantuan yang ditekankan oleh Kapten Ruslan dalam menghadapi situasi bencana:

  1. Bantuan Kendiri – Menyelamatkan diri sendiri dengan segera apabila menerima amaran daripada pihak berkuasa. Jangan tunggu bantuan, bertindak pantas untuk selamatkan diri.
  2. Bantuan Bersama – Selepas memastikan keselamatan diri, bantu ahli keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri mereka.
  3. Bantuan Awam – Bantuan daripada pihak berkuasa atau pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan tiba, tetapi pastikan anda sudah mengambil langkah pertama menyelamatkan diri dan keluarga.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir, menyediakan Beg Kecemasan lebih awal adalah langkah bijak. Beg kecemasan ini bukan sahaja perlu dilengkapi dengan pakaian dan makanan, tetapi juga life jacket yang sesuai untuk semua ahli keluarga.

Life Jacket perlu dipakai oleh diri sendiri dahulu agar kita dapat membantu orang lain seperti anak, ibu bapa malahan jiran tetangga ketika dalam situasi kecemasan. Analogi ini diberi kepada semua supaya memastikan diri sendiri selamat sebelum menyelamatkan orang lain. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesanan ringkas Kapten Ruslan, tonton di https://www.youtube.com/watch?v=Z1UghSYojPk

https://www.youtube.com/watch?v=Z1UghSYojPk

Apa Itu CDA-ERT Yayasan Ikhlas?

CDA-ERT Yayasan Ikhlas

Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT) Yayasan Ikhlas merupakan satu pasukan sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pasukan ini ditubuhkan dengan tujuan membantu mengurangkan kesan kecemasan atau bencana pada peringkat awal.

Yayasan Ikhlas telah berdaftar sebagai CDA-ERT di bawah APM dan menyediakan bantuan segera kepada mangsa bencana melalui pasukan sukarelawan mereka. CDA-ERT dilatih secara khusus untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan seperti banjir, memastikan mereka dapat menyalurkan bantuan dengan segera kepada masyarakat yang terjejas.

Sebagai NGO yang prihatin dalam pengurusan bencana, CDA-ERT Yayasan Ikhlas menjadi barisan hadapan dalam usaha membantu mangsa bencana. Latihan dan kepakaran yang diterima oleh pasukan ini membolehkan mereka bertindak pantas, memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa bencana terjaga pada setiap masa.

Sesi Latihan Pengendalian Bot semasa banjir oleh APM

Kesimpulannya, menyediakan diri dengan peralatan kecemasan seperti life jacket dan mengambil langkah-langkah awal keselamatan boleh menjadi penyelamat nyawa dalam keadaan banjir. Jangan tunggu sehingga saat akhir, sebaliknya, pastikan anda dan keluarga sentiasa bersedia menghadapi bencana.


“Mungkin beg ini seharga nyawa kita” – Penerima Beg Kecemasan BOB

Dapatkan beg kecemasan untuk diri dan keluarga ketika menghadapi banjir!

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]