Terbaru

Komited Air Bersih, Yayasan Ikhlas jalin kerjasama bersama EXCO Negeri Kedah

Komited Air Bersih, Yayasan Ikhlas jalin kerjasama bersama EXCO Negeri Kedah

Projek Pembangunan Sistem Air Bersih oleh Yayasan Ikhlas bertujuan meningkatkan akses air bersih di komuniti pedalaman dan terpinggir di seluruh Malaysia.

Air bersih adalah salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Yayasan Ikhlas telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan projek-projek berimpak tinggi bagi meningkatkan akses air bersih di seluruh Malaysia, khususnya di negeri Kedah.

Yayasan Ikhlas bersama EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Yayasan Ikhlas telah membentangkan perancangan terperinci untuk Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Darul Aman, Kedah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria, EXCO Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, dan Alam Sekitar Negeri Kedah.

Mesyuarat ini melibatkan beberapa agensi kerajaan negeri, termasuklah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN), Jabatan Mineral dan Geologi (JMG), serta Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Artikel berkaitan: Yayasan Ikhlas Bentang Projek Bantuan di Kedah, Sumbang RM2.5 Juta Sejak Empat Tahun Lalu

Matlamat utama pertemuan ini adalah untuk memastikan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih Yayasan Ikhlas selari dengan pelan pembangunan negeri Kedah, disamping untuk menjalin kerjasama erat antara Yayasan Ikhlas dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Hasil mesyuarat menunjukkan perkembangan positif apabila semua agensi terlibat memberikan sokongan penuh kepada usaha Yayasan Ikhlas dalam menyediakan bekalan air bersih kepada komuniti yang memerlukan di Kedah.

Projek ini diharap dapat menyelesaikan masalah bekalan air bukan sahaja kepada penduduk malahan termasuklah premis awam seperti surau, pusat komuniti dan klinik kesihatan di kawasan pedalaman di negeri tersebut.

Untuk makluman, sehingga kini Yayasan Ikhlas telah menjalankan 3 projek pembangunan air bersih di Kedah yang bernilai RM1,270,000 dengan 1,200 pengguna telah mendapat manfaat melalui projek ini.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda


Ayuh! Bantu Yayasan Ikhlas salurkan bekalan air bersih untuk pembangunan komuniti di pedalaman Malaysia.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]