Artikel

Infak Untuk Masjid: Pelaburan Akhirat Yang Tak Pernah Rugi

Infak Untuk Masjid: Pelaburan Akhirat Yang Tak Pernah Rugi

Dalam banyak cara kita boleh bersedekah, infak untuk masjid punya nilai yang sangat istimewa. Ia bukan sahaja untuk keperluan fizikal rumah Allah, tetapi memberi pulangan yang berpanjang iaitu dunia dan akhirat.

Lakaran seni bina moden Masjid Rahmani di Kupang, Kedah dengan elemen tradisional dan kontemporari
Reka bentuk moden Masjid Rahmani di Kupang, Kedah menampilkan gabungan elemen seni bina Islamik dan struktur yang praktikal untuk komuniti setempat.

Masjid bukan sekadar tempat solat. Ia menjadi pusat ilmu, tempat berkumpulnya masyarakat, dan ruang untuk membina nilai kehidupan beragama. Maka, bila kita menyumbang ke arah pembinaan atau penyelenggaraannya, kita sedang menyokong sesuatu yang lebih besar dari bangunan semata-mata

1. Pahala Berterusan (Sedekah Jariah)

Apa sahaja sumbangan yang digunakan di masjid sama ada sejadah, sistem audio, lampu atau kipas, ia akan terus “bekerja” walaupun kita telah tiada. Selagimana ianya digunakan, selagi itulah pahala akan terus mengalir.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 
– Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

2. Menyuburkan Ilmu & Dakwah

Di masjid, pelbagai kelas agama, kuliah, hafazan dan program bimbingan dijalankan. Infak yang disalurkan membantu penduduk setempat menimba ilmu dan merasai suasana belajar yang kondusif untuk semua peringkat umur.

3. Menyantuni Komuniti

Masjid juga menjadi tempat masyarakat mendapatkan bantuan samada dalam bentuk makanan, bimbingan, atau program kemasyarakatan. Infak membantu memperluas fungsi masjid sebagai pusat sokongan sosial.

4. Penjagaan & Kemudahan Asas

Kos penyelenggaraan seperti bil utiliti, paip wuduk, tandas, karpet solat dan pembersihan tidak kecil. Infak membantu memastikan jemaah dapat beribadah dengan selesa dan tenang.

Keadaan siling masjid atau surau yang rosak dan berlubang, memerlukan pembaikan segera.
Keadaan siling masjid yang berlubang, menunjukkan keperluan mendesak untuk kerja baik pulih demi keselamatan jemaah.

5. Peluang Berkongsi Kebaikan

Ada antara kita yang mungkin tidak mampu menyumbang tenaga atau masa ke masjid. Tetapi infak wang ringgit dapat memberi peluang untuk tetap “hadir” dan memberi kesan walau dari jauh. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid hasil sumbangan itu, insyaAllah ada bahagiannya untuk kita.

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]