Artikel

Guru Wanita Redah Laut Demi Anak Sabah

Guru Wanita Redah Laut Demi Anak Sabah
Guru wanita Yayasan Ikhlas tiba di perkampungan pulau terpencil Sabah selepas meredah laut dalam hujan
Guru wanita Yayasan Ikhlas berdiri di pantai pulau Sabah dalam keadaan hujan selepas menempuh perjalanan mencabar meredah laut demi menyampaikan ilmu kepada anak-anak pedalaman.

Di tengah lautan Sabah, ada pulau-pulau kecil tanpa elektrik dan jalan raya. Namun, setiap pagi, guru wanita pedalaman Sabah sanggup redah laut naik sampan demi memastikan anak-anak mendapat ilmu.

Cabaran Sejagat Guru Wanita

  • Menaiki sampan seawal 4–5 pagi tanpa jalan konkrit atau jalan berturap.
  • Lokasi seperti Pulau Maiga, Pulau Dewa dan lain-lain tidak ada bekalan elektrik dan internet; kelas tetap berjalan dengan lampu solar.
  • Ada guru yang menghantar murid pulang selepas sekolah, lalu tempuh perjalanan berat demi senyuman murid mereka.

Kisah Inspirasi Mereka

Ustazah Azie menaiki bot kecil berulang-alik setiap hari untuk sampai ke sekolah. Beliau mengajar anak-anak di kepulauan membaca, mengira, dan solat meskipun kelasnya hanya berdindingkan zink. Setiap kali muridnya berjaya sebut satu patah ayat Al-Quran, air mata dia bertakung kerana ilmu ini adalah cahaya buat mereka.

Cerita beliau lagi, kebanyakkan anak-anak di sini adalah beragama Islam namun mengucap dua kalimah syahadah pun mereka tidak tahu apatah lagi membaca Al-Quran dan menunaikan solat wajib 5 waktu. Mereka hanya memegang status beragama Islam sahaja tetapi tidak mengamalkannya.

“..beragama Islam tapi tak tahu ucap syahadah apatah lagi membaca Al-Quran.”
– Ustazah Azie, guru pedalaman

Impak & Harapan

guru wanita Yayasan Ikhlas bergambar bersama anak-anak pulau di Sabah.
Guru Yayasan Ikhlas bersama anak-anak pulau di pedalaman Sabah, menikmati masa bersama dalam suasana ceria dan penuh kasih sayang.
  • Murid yang pada awalnya tidak tahu membaca kini mampu membaca dan menulis sendiri.
  • Komuniti pulau mula melihat sekolah sebagai tempat harapan, bukan sekadar bangunan usang.
  • Guru muda yang mengorbankan diri mereka kini menjadi contoh kepada generasi berikutnya.

Sokongan Dari Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas tekad membantu mereka meneruskan misi ini. Antara inisiatifnya:

  • Menyediakan peralatan pembelajaran dan nota bercetak.
  • Sokongan elektrik (solar panel) dan lampu mudah alih.
  • Elaun perjalanan ke pulau atau darat serta bantuan pengangkutan.
  • Kursus motivasi dan sokongan emosi untuk guru pedalaman.

Jika guru lebih selesa, mereka mampu terus mendidik. Dan bila mereka mengajar, anak-anak pulau ini punya peluang bersinar.

Guru wanita ini bukan sahaja mengajar, mereka mengorbankan diri meredah laut demi menerangi masa depan anak pedalaman Sabah. Dengan sokongan dan sumbangan anda melalui Yayasan Ikhlas, kita boleh pastikan cahaya ilmu ini terus menyala di mana pun mereka berada.

Artikel berkaitan: https://yayasanikhlas.org.my/guru-pedalaman-sabah-cahaya-ilmu/

You may interested in other post:

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti keagamaan. Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah… [more]

Pagi adalah permulaan kepada perjalanan kita setiap hari. Sebelum fikiran dipenuhi dengan kerja, urusan keluarga dan pelbagai tanggungjawab, ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk mengingati Allah SWT. Mengamalkan doa… [more]

Bila tiba hari Jumaat, antara amalan yang sering kita dengar ialah membaca Surah Al-Kahfi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bila sebenarnya waktu untuk membacanya? Malam Jumaat atau siang Jumaat? Perlu… [more]

Pernah tak kita terfikir, sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sebenarnya sangat besar nilainya bagi orang lain? Memberikan sedikit masa, tenaga, harta atau kemudahan mungkin kelihatan sederhana. Tetapi bagi seseorang… [more]

Seramai 300 penduduk setempat daripada pelbagai lapisan umur dan kaum telah menyertai Projek Sarawak Empowerment and Education Drive (SEED), sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, pembangunan diri dan penglibatan… [more]

Sebuah kampung yang kuat bukan hanya dibina dengan kemudahan fizikal. Ia terbentuk apabila penduduknya saling mengenali, anak-anak membesar bersama dan masyarakat mempunyai ruang untuk berkumpul serta melakukan aktiviti yang bermanfaat…. [more]