Artikel

Doa Ketika Hujan Lebat Yang Diajar Nabi SAW

Doa Ketika Hujan Lebat Yang Diajar Nabi SAW

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar, Islam mengajar kita untuk berdoa mohon perlindungan dan keselamatan.

Doa ketika hujan terlalu lebat atau membawa mudarat, diajar Rasulullah SAW
Doa ketika hujan terlalu lebat atau membawa mudarat, diajar Rasulullah SAW

Doa Rasulullah SAW Ketika Hujan Lebat

Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW ketika berdepan hujan yang terlalu lebat atau membahayakan:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah, turunkanlah hujan di sekeliling kami, bukan ke atas kami. Ya Allah, (alihkannya) ke bukit-bukit, gunung-gunung, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya tanaman.
HR Bukhari dan Muslim

Doa Ini Bukan Tolak Rahmat Tetapi Mohon Perlindungan

Meminta hujan dialihkan bukan bermaksud menolak rahmat Allah. Sebaliknya, ia adalah tanda tawakal dan kehambaan, bila kita memohon supaya hujan yang turun tidak membawa bahaya kepada kita.

Baca juga: 10 Barang Wajib Ada Hadapi Musim Banjir

Bila Waktu Sesuai Baca Doa Ini?

Doa ini boleh dibaca bila:

  • Hujan lebat berterusan
  • Berlaku banjir di kawasan sekitar
  • Terjadi tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain

Amalkan Doa, Usaha & Tawakal

Doa adalah senjata orang beriman. Apabila kita berdepan musibah seperti banjir, jangan panik. Sebaliknya, amalkan doa ini, ambil langkah keselamatan dan serahkan kepada Allah SWT.

Moga Allah pelihara kita semua dan ahli keluarga daripada sebarang musibah. Amin.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]