Terbaru

Pengiktirafan Buat CDA Yayasan Ikhlas: Anugerah Emas CDA Terbaik 2024

Pengiktirafan Buat CDA Yayasan Ikhlas: Anugerah Emas CDA Terbaik 2024

Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam ke-73, CDA Yayasan Ikhlas telah dinobatkan sebagai CDA Terbaik 2024 (Emas) — mendahului CDA FAMA dan CDA Yayasan Food Bank. Pengiktirafan ini adalah hasil usaha kolektif semua pihak yang terlibat sepanjang tahun.

Sebahagian Gerak Kerja CDA Yayasan Ikhlas Sepanjang Tahun 2024:

  • Bantuan Pasca Bencana: CDA Yayasan Ikhlas digerakkan segera ke lokasi banjir, ribut dan tanah runtuh untuk menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa.
  • Latihan & Simulasi: Penglibatan aktif dalam latihan kecemasan dan kolaborasi bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pihak berkuasa tempatan.
  • Misi Bantuan Ramadan: Penyaluran bantuan Bakul Kasih Ramadan ke kawasan pedalaman, sekolah asnaf, dan komuniti terpinggir.
  • Tugas Sukarela Kemanusiaan: Termasuk penyantunan mangsa bencana, pengurusan logistik misi bantuan dalam dan luar negara.

Anugerah ini adalah milik semua. Terima kasih atas semangat, pengorbanan dan komitmen yang berterusan. Tahniah buat semua anggota CDA Yayasan Ikhlas. Semoga menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan berintegriti.

You may interested in other post:

Sedekah tidak hanya dilakukan oleh mereka yang memiliki banyak harta. Kadangkala, nilai sedekah bukan terletak pada jumlah yang diberikan, tetapi pada keikhlasan hati dan manfaat yang sampai kepada orang lain…. [more]

RHB Islamic memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih dan Tenaga Solar bersama Yayasan Ikhlas di Kampung Telinting, Papar, Sabah. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 130 penduduk… [more]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026, Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Borenos Fried Chicken yang berlangsung di Amazing Borneo Tours. Borenos Fried Chicken merupakan jenama makanan segera… [more]

SEMPORNA, 17 Julai 2026 – Para pelajar Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) Pekan 2 telah mengadakan lawatan pendidikan ke Perpustakaan Semporna bersempena dengan pelaksanaan Program Bulan Membaca PPIAH. Lawatan ini… [more]

Bencana alam, terutamanya banjir besar, tidak pernah memberikan amaran awal sebelum ia melanda. Ketika air mula naik secara mendadak dan arus deras mula mengancam keselamatan, kebanyakan daripada kita akan segera… [more]

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari daripada menghadapi pelbagai ujian hidup. Ada tikanya kita berasa sesak dengan bebanan kerja, pening memikirkan urusan kewangan keluarga, atau sedang diuji dengan masalah kesihatan… [more]