Terbaru

Sumbangan asnaf sempena Hari Malaysia

Sumbangan asnaf sempena Hari Malaysia

Sumbangan asnaf sempena Hari Malaysia

YAYASAN Ikhlas sekali lagi terlibat memberikan sumbangan bagi program Konvoi Kemerdekaan 2022 yang diadakan di sekitar Kuching, Sarawak.

Program ini bertujuan mengagihkan sumbangan kepada golongan asnaf dan juga golongan anak-anak yatim yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 15 hingga 16 September 2022.

Pada 16 September baru-baru ini, beberapa pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menelusuri Kampung Jangkar, Lundu Sarawak bagi melaksanakan bantuan untuk berkongsi rezeki kepada golongan asnaf.

Selain itu, Yayasan Ikhlas cawangan Kuching turut memberikan sumbangan sebanyak 20 beg beras dan 20 pek keperluan asas untuk diberikan kepada golongan asnaf. Selain Yayasan Ikhlas, terdapat juga sumbangan dari pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Persatuan Musa’adeen berkongsi menyumbang beberapa beg beras dan keperluan asas untuk mereka.

Setelah petugas-petugas Yayasan Ikhlas, YADIM, dan Persatuan Musa’adeen selesai menunaikan solat Jumaat, mereka menyambung perjalanan ke kampung seterusnya iaitu Kampung Biawak yang terletak di Lundu. Di perkampungan tersebut, seramai 40 orang golongan asnaf yang turut diberikan sumbangan yang sama seperti di Kampung Jangkar. Sumbangan berupa beras dan juga keperluan asas makanan itu disumbangkan oleh pihak Yayasan Ikhlas dan Persatuan Musa’adeen Kuching. Di kampung tersebut, pihak YADIM Sarawak turut menyumbangkan beberapa set kipas yang akan diberikan kepada Surau Kampung Biawak.

Setelah selesai memberi bantuan dan menyantuni penduduk Kampung Daerah Lundu, rombongan petugas Yayasan Ikhlas seterusnya bertolak ke Kampung Telok Melano, di daerah Sematan. Di kampung ini petugas-petugas Yayasan Ikhlas turut sama memberikan bantuan berupa beg beras dan juga pek makanan bagi keperluan asas buat mereka.

Yayasan Ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga dengan sumbangan dan bantuan yang kecil ini mampu memberi senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik. Kami berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang baik itu datang dari kekurangan dan kelemahan pihak kami sendiri.

Untuk info lanjut mengenai Yayasan Ikhlas layari sedekahsini.com/kempen atau bagi anda yang ingin menyumbang bagi projek-projek yang lain boleh menyumbang terus ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 atau hubungi di talian 019-611 5954.

You may interested in other post:

“Jangan makan banyak daging korban tu, nanti darah tinggi naik!“ Ayat ini pasti biasa kita dengar daripada ahli keluarga setiap kali Aidiladha tiba. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Adakah daging merah… [more]

Ibadah korban merupakan sebuah manifestasi ketaatan yang agung daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Walau bagaimanapun, dalam kesungguhan kita untuk meraih pahala, pelaksanaannya memerlukan ketelitian yang tinggi agar tidak menimbulkan fitnah… [more]

Pernah dengar tentang infak subuh? Ramai yang mula amalkan, tetapi masih ramai juga yang belum tahu kelebihan sebenar amalan ini. Hakikatnya, infak subuh bukan sekadar sedekah biasa, ia adalah amalan… [more]

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Melalui Program Ramadhan Relief 2026 (RRR 2026), Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Ikhlas… [more]

Sebulan kita berada di dalam “Madrasah Ruhani” yang penuh dengan disiplin dan penyucian jiwa, kita kini berdiri di ambang bulan-bulan seterusnya dengan satu persoalan besar. Adakah perubahan yang kita perolehi… [more]

“Kenapa mulut cepat berbau bila berpuasa?” Soalan ini sering timbul setiap kali tibanya Ramadan. Ramai yang beranggapan bau mulut ketika berpuasa berpunca daripada cara memberus gigi yang tidak betul. Namun… [more]