Terbaru

Pelajar redah hutan dan semak-samun ke sekolah

Pelajar redah hutan dan semak-samun ke sekolah

Pelajar redah hutan dan semak-samun ke sekolah

PELAJAR yang tinggal di kawasan pedalaman di Semporna, Sabah kebanyakannya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, tambahan pula mereka sememangnya mengalami masalah pengangkutan yang serius lebih-lebih lagi kanak-kanak yang ingin ke sekolah.

Mana tidaknya seawal jam 6.15 pagi mereka sudah mula keluar rumah berjalan ke tempat menunggu kenderaan bagi mengelakkan dari berlaku kesesakan ketika menaiki kenderaan yang telah dijadualkan mengikut waktu-waktu tertentu.

Jika bernasib baik, maka dapatlah menaiki bas atau van yang harga tambangnya hanya RM1. Namun jika bas itu penuh mereka terpaksa menaiki kereta sapu yang harga tambangnya RM7 sehala.

Oleh yang demikian pelajar-pelajar di sini akan melupakan hasrat mereka untuk pergi ke sekolah kerana mereka tidak mampu membayar tambang kereta sapu. Wang saku mereka cuma ada sejumlah RM5 untuk bekalan ke sekolah.

Disebabkan perkara ini, ramai pelajar lewat sampai ke sekolah. Namun Siti (bukan nama sebenar), murid berusia 10 tahun terpaksa mengharungi kehidupan mencabar dengan memilih berjalan kaki sejauh kira-kira 7km ke sekolah bersama dua orang rakannya.

Demi menuntut ilmu, Siti dan rakannya sanggup terpaksa melintasi hutan dan meredah semak samun. Keadaan sukar seperti ini langsung tidak mematahkan semangat Siti untuk terus ke sekolah.

Kesukaran yang dilalui ini menyebabkan seorang petugas Yayasan Ikhlas amat tersentuh hati mendengar luahan Siti yang meminta bantuan supaya dapat menghantarnya ke sekolah.

Kami di Yayasan Ikhlas amat komited dan prihatin dalam menghulurkan bantuan lebih-lebih lagi kepada pihak yang sangat memerlukan. Yayasan Ikhlas berusaha mengutip dana bagi mendapatkan kenderaan pacuan empat roda dan van untuk membantu para pelajar di kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan pengangkutan ke sekolah.

Selain itu, ia juga bertujuan membawa jenazah dan juga memudahkan urusan pengangkutan para pesakit untuk ke hospital dan klinik untuk menerima rawatan.

Semoga setiap kali mereka menaiki kenderaan yang anda infakkan itu, pahala darinya sentiasa mengalir kepada pemberinya.

Salurkan bantuan anda di sedekahsini.com/4×4 atau terus menyumbang ke akaun Maybank 5628 3463 6228.

You may interested in other post:

Di pedalaman Kg Kilugus, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibina menjadi realiti. Bukan sekadar bangunan, tetapi lambang hasrat, perpaduan dan pemberdayaan komuniti. Projek ini menjadi bukti bahawa bila sesuatu… [more]

Ada sesuatu yang luar biasa bila sesuatu projek dibina ‘dengan tangan sendiri‘. Bukan sekadar hasilnya lebih kukuh, tetapi rasa tanggungjawab dan kasih terhadap apa yang dibina jadi lebih mendalam. Itulah… [more]

Tanpa sedar, bulan Rejab kembali menyapa. Bulan ini merupakan pembuka tirai kepada bulan-bulan mulia: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Ia adalah masa terbaik untuk muhasabah, bertaubat dan memperbanyak amalan, agar kita… [more]

Bila hujan turun, kita diajar untuk bersyukur kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT. Namun apabila hujan terlalu lebat hingga bawa mudarat seperti banjir, tanah runtuh atau kesukaran untuk keluar,… [more]

Ramai yang keliru, siapa sebenarnya yang wajib bayar fidyah bila tidak dapat berpuasa? Fidyah bukan sekadar ganti biasa. Terdapat hukum khusus yang ditetapkan syarak, terutama untuk orang yang tidak mampu… [more]

Musim tengkujuh dah bermula. Ramai yang mula risau apabila hujan lebat tak henti-henti, sungai mula melimpah, dan berita banjir semakin banyak. Dalam keadaan cemas, barang asas inilah yang akan menjadi… [more]