Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak anjur progrram “Kamek Ngabas Kitak”

Kota Samarahan, 24 Sept – Yayasan Ikhlas cawangan Kuching telah menganjurkan Program “Kamek Ngabas Kitak” bersama penduduk Kampung Pengkalan Kuap, Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)  dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan.  

Dalam program ini, Yayasan Ikhlas telah berkesempatan menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada penduduk kampung.

Selain itu, aktiviti pemeriksaan dan ceramah kesihatan turut diadakan selain aktiviti gotong royong bersama penduduk dan sesi bimbingan kerjaya yang dilaksanakan dengan kerjasama UiTM dan I-Medik.

Sesi seterusnya dimeriahkan dengan kehadiran En. Bilal Jailani, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas. Beliau telah berkongsi impian Yayasan Ikhlas dalam memperkasa komuniti dan masyarakat agar dapat keluar daripada kesusahan dan kemiskinan.

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim).

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini. 

Rakan Kemanusiaan Anda,

Yayasan Ikhlas.

More news